Soalan : Assalamualaikum..saya nak bertanya kepada ust tentang iddah isteri yang kematian suaminya..adakah iddahnya 4 bulan 10 hari atau ada masa yang lain..sebab ada orang kate iddah isteri kematian suami bukan 4 bulan 10 hari..betul ke? harap ust dapat terangkan?

Jawapan : Di dalam Al-quran telah jelas bahawa Allah telah menetapkan masa dan tempoh bagi iddah isteri yang kematian suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari.. Tidak dinafikan bahawa didalam Al-quran juga ada menyatakan bahawa iddah isteri yang kematian suami adalah setahun penuh tetapi ayat itu telah dinasakhkan hukumnya dengan ayat yang menyatakan bahawa iddah isteri yang kematian suaminya adalah 4 bulan 10 hari. Di sini saya mendatangkan kedua2 ayat tersebut. Firman Allah:

والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجا وصية لأزاجهم متاعا إلى الحول غير إخراج

( dan mereka2 yang mati dari kalangan kamu serta meninggalkan isteri2 kamu, hendaklah kamu berwasiat kepada mereka ( isteri ) iaitu dengan memberi nafkah saguhati ( makan, pakaian dan tempat tinggal ) hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya )

Di dalam ayat ini iddah bagi wanita ialah satu tahun penuh, tetapi hukum ini telah dinasakhkan dengan ayat yang turun selepasnya yang menyatakan bahawa iddah wanita kematian suami adalah 4 bulan 10 hari. Walaupun di dalam Al-Quran ayat tentang hukum iddah wanita ini ( 4 bulan 10 hari ) terlebih dahulu urutannya, tetapi ayat ini diturunkan selepas ayat yang menyatakan iddah wanita kematian isteri adalah 1 tahun penuh. Dalam kata lainnya, urutan didalam Al-Quran bukan mengikut urutan bile turunnya wahyu tetapi ia adalah petunjuk dan hidayah daripada Allah. Sekarang saya akan mendatangkan ayat yang menasakhkan ayat sebelum ini. Firman Allah :

والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجا يتربصن بأنفسهن أربعة أشهر و عشرا

( dan orang2 yang meninggal dunia diantara kamu dan dia meninggal isteri di belakang mereka, hendaklah isteri2 itu menahan diri mereka ( beriddah ) selama 4 bulan 10 hari )

Ayat ini merangkumi semua jenis wanita yang kematian suami samada yang telah disetubuh, yang belum disetubuh, yang putus haid dan sebagainya. Kerana ayat ini tidak mengandungi lafaz yang menunjukkan khusus. Termasuk juga di dalam ayat ini wanita yang hamil dan tidak hamil. Tetapi di sana ada satu lagi hukum berkenaan wanita yang hamil yang kematian suaminya. Wallahua’lam.