Setiap perkara itu mempunyai sebab dan punca kepada kejadian tersebut. Begitu juga dengan syirik ini. Disana terdapat beberapa punca dan sebab utama dan terbesar kepada berlakunya syirik ini. Di dalam entri kali ini kita akan melihat dan mengenal pasti apakah sebab dan punca tersebut satu persatu. Sebelum kita melihat kepada sebab ini, marilah kita melihat betapa beratnya penyakit syirik ini. Penyakit syirik ini bukan sahaja menjangkiti akal sahaja malahan ia juga menjangkiti hati yang mana disifatkan oleh Rasulullah sebagai raja kepada anggota badan manusia. Hati adalah satu elemen yang penting di dalam tubuh manusia. Dari hati seterusnya kepada akal yang mana akan memproses apa yang telah dikatakan oleh hati seterusnya dilaksanakan oleh anggota badan. Betapa pentingnya peranan hati ini kita dapat lihat permulaan di dalam hadis 40 permulaannya dibicarakan tentang niat yang mana tempat niat itu adalah hati.

الا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب

( ketahuilah bahawa pada jasad itu ada segumpal darah, jika baik darah itu maka baiklah segala tubuh badan ( anggota badan ), jika rosak atau buruk maka buruklah segala tubuh badan ( anggota badan  ) ketahuilah bahawasanya segumpal darah itu adalah HATI )

و ثيابك فطهر

( dan pakaian kamu bersihkanlah atau bersihkanlah ( sucikanlah ) pakaian kamu )

Pakaian dalam ayat ini telah dita’wilkan dalam 8 makna yang berlainan iaitu amal,diri,ahli,agama,jisim ( tubuh badan ), al-khalk, pakaian yang zahir dipakai dan juga Hati. Ini merupakan wahyu kedua yang diturunkan kepada Baginda Rasulullah. Wahyu pertama mengenai ilmu dan kedua mengenai kebersihan jasmani dan rohani ( tubuh badan dan hati ).

Setelah mengetahui pentingnya hati ini marilah kita sama2 melihat kepada tajuk utama kita iaitu tentang sebab dan punca kepada syirik ini. Di sini saya akan simpulkan 5 punca utama dalam berlakunya syirik ini. Punca tersebut adalah mengagungkan dan mensucikan sesuatu, beriman dengan benda yang hanya boleh dilihat dan lupa kepada yang x dapat dilihat, mengikut hawa nafsu dan syahwat, merasa diri besar dan sombong dari beribadat kepada Allah dan juga wujudnya taghut yang disembah oleh manusia. Marilah sama2 kita mendalami satu persatu sebab dan punca ini dengan lebih mendalam.

  • Mengagungkan dan mensucikan sesuatu

Maksud mengsgungkan sesuatu disini bukanlah seperti kita mengagungkan para ulama’ dan para nabi tetapi maksud yang dikehendaki ialah mengagungkan mereka ( ulama’ atau nabi ) atau sesiapa sahaja sehingga mencapai tahap mensucikan mereka ( tahap taqdis ). Banyak contoh dari ayat2 Al-Quran sendiri yang dapat menjelaskan perkara ini seperti mana ayat yang telah dinyatakan dalam entri ‘ permulaan syirik ‘ yang mana satu kaum itu telah mengagungkan sehingga mereka menyembah kelima2 orang yang soleh yang telah meninggal itu. Contoh lain pula seperti mana kaum yahudi dan nasrani yang mengambil bulat2 kata2 para pendeta dan rahib mereka dan meninggalkan ajaran nabi isa.

  • Beriman dengan perkara yang dapat dilihat dan lupa kepada yang tidak dapat dilihat

Sebagaimana yang kita maklum, sememangnya fitrah manusia ini lupa kepada perkara yang tidak dapat dilihat oleh mereka. Oleh itu mereka hanya beriman apabila mereka berada dihadapan mereka2 yang alim atau bertakwa tetapi ingkar sepenuhnya serta melakukan maksiat secara total apabila ketiadaan para alim ini. Mereka seolah2 berazam bahawa perkara yang mereka tidak dapat lihat ini tidak wujud sama sekali. Maka lahirlah kata2 falsafah ‘ tiada tuhan dan kehidupan itu adalah kebendaan@ perkara yang dapat disentuh atau dilihat ‘.

وقالوا ما هي إلا حياتنا الدنيا نموت ونحيا وما يهلكنا إلاّ الدهر وما لهم بذلك من علم إن هم إلاّ يظنون

( dan mereka berkata ” tiadalah kehidupan yang lain daripada kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan hidup ( silih berganti ) dan tiadalah sesuatu yang membinasakan kita melainkan peredaran zaman ” Sedangkan mereka tiada pengetahuan tentang hal itu kecuali sangkaan semata2 )

Banyak contoh yang dapat kita lihat daripada perkara ini. Sebagai contohnya :

1) Orang mesir zaman dahulu menisbahkan ra’ ( رع ) sebagai Tuhan. Dialah pemberi rezeki dan pencipta dan segalanya.

2) Kaum majusi menisbahkan penciptaan, kemudaratan,manfaat, kematian dan kehidupan kepada Api.

3) Golongan agama dikalangan kaum yahudi menyatakan bahawa isa adalah anak Allah, kadang2 Allah dan kadang tiga dalam satu dan sebagainya. Dalam hal ini Allah telah menafikan kalam mereka dengan FirmanNya :

لقد كفر الذين قالوا إن الله هو المسيح ابن مريم وقال المسيح يابني اسراءيل اعبدوا الله ربي وربكم إنه من يضرك بالله فقد حرم الله عليه الجنة ومأوىه النار وما للظالمين من أنصار

( Telah kufur mereka2 yang mengatakan bahawa isa itu adalah Allah, isa berkata ” wahai kaum bani israil sembahlah Allah yang mana dia adalah Tuhanku dan Tuhan kamu semua, sesungguhnya sesiapa yang melakukan syirik kepadaNya diharamkan kepadanya syurga dan dihadapkan dia kepada neraka, dan tiadalah kepada mereka2 yang zalim itu seorang pembantu pun )

  • Mengikut hawa nafsu dan syahwat

Perkara inilah yang menyebabkan sebahagian besar manusia berat untuk melakukan ibadat kepada Allah dan susah untuk berhenti daripada melakukan maksiat kepada Allah dan juga sering melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah.  Maka kerana terlalu mengikut nafsu ini mereka telah berpaling daripada syariat Allah dan telah duduk didalam ( melakukan ) perkara2 yang diharamkan oleh Allah. Mereka ini juga telah meletakkan satu garisan dalam perbuatan mereka selain dari apa yang telah diperintahkan oleh Allah. Firman Allah :

فإن لم يستجيبوا لك فاعلم أنما يتبعون أهوآءهم ومن أضل ممن اتبع هوىه بغير هدى من الله إن الله لا يهدى القوم الظالمين

( Jika sekiranya mereka tidak menyahut Cabaranmu@seruanmu ( wahai muhammad ) maka ketahuilah bahawasanya mereka hanyalah mengikut hawa nafsu mereka, dan tiadalah yang lebih sesat daripada mereka yang hanya mengikut hawa nafsu semata2 dengan tidak mengikut petunjuk daripada Allah, sesungguhnya Allah tidak akan memimpin dan memberi hidayat kepada kaum yang zalim ( degil ) ).

  • Takabbur dalam beribadat kepada Allah.

Takabbur adalah penyebab kepada iblis dikeluarkan daripada syurga. Takabbur merupakan satu perkara yang sangat dibenci oleh Allah. Iblis dikeluarkan dari syurga kerana takabbur terhadap penciptaannya. Dia diciptakan daripada api manakala Adam diciptakan dari tanah. Iblis mendakwa bahawa dia lebih kuat daripada Adam keran dia diciptakan daripada elemen api. Dan iblis telah melanggar perintah Allah untuk tunduk kepada Adam. Lihatlah bagaimana sifat takabbur telah menyebabkan iblis yang mana satu masa dahulu merupakan ketua malaikat telah jatuh kufur kepada Allah. Firman Allah :

ولقد خلقنكم ثم صورنكم ثم قلنا للملائكة اسجدوا لأدم فسجدوا إلا ابليس لم يكن من الساجدين قال ما منعك ألا تسجد إذ أمرتك قل أنا خير منه خلقتني من نار وخلقته من طين قال فاهبط فما يكون لك أن تتكبر فيها فاخرج إنك من الصاغرين

( Dan sesungguhnya kami telah menciptakan kamu lalu kami membentuk rupa kamu ( Adam ) kemudian kami berkata kepada malaikat ‘ sujudlah kamu kepada Adam ‘ maka sujudlah semua malaikat melainkan iblis, dia bukanlah dari golongan yang sujud itu. Allah berfirman ” apakah yang menghalangmu daripada sujud kepada Adam ketika aku perintahkan mu supaya sujud? ” iblis berkata ” wahai Tuhanku sesungguhnya kau ( Tuhan ) telah ciptakan aku dari api dan Adam daripada tanah, aku lebih baik ( elok ) penciptaannya daripada Adam ” . Allah berfirman ” turunlah engkau dari syurga ini, kerana tidak patut kau berlaku sombong didalamnya,oleh sebab itu keluarlah engkau, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina ” )

contoh lain dalam kategori ini adalah seperti firaun yang mengaku bahawa dia adalah tuhan dan dialah yang menguasai seluruh mesir dan segala isinya.

  • Wujudnya taghut yang menjadi sembahan manusia

Ini adalah sebab dan punca yang paling penting dalam berlakunya syirik ini. Sebab dan punca ini telah lama berlaku dan tersangat lama. Dan perkara inilah yang menjadi penghalang utama dalam penyebaran islam di dunia ini. Firman Allah :

وألقى السحرة ساجدين قالوا ءامنا برب العالمين رب موسى و هارون قال فرعون ءامنتم به قبل أن ءاذن لكم إن هذا لمكر مكرتموه في المدينة لتخرجوا منها أهلها فسوف تعلمون لأقطّعن أيديكم و أرجلكم من خلاف ثم لأصلبنكم أجمعين

( dan ( kemenangan nabi musa ) ahli2 sihir itu sendiri merebahkan diri mereka bersujud sambil berkata ” kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, Tuhan kepada Musa dan Harun ” Firaun berkata ” patutkah kamu beriman kepanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? ” sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya kamu dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya daripadanya, oleh itu kamu akan mengetahui akibatnya. Demi sesungguhnya aku akan memotong tangan2 dan kaki2 kamu secara bersilang dan aku akan memalang (menyalib) kamu semua ).

Lihatlah bagaimana ancaman firaun satu ketika dahulu yang mana akan menyebabkan sesiapa yang hendak beriman menjadi takut dan terus menerus dalam mengikut telunjuk dan taghut yang dibawa oleh firaun.

Banyak lagi sebab dan punca yang boleh membawa kepada syirik ini. Jadi marilah kita sama2 berwaspada dan sentiasa mendekati diri kepada Allah supaya kita jauh daripada perbuatan syirik ini. Moga2 Allah akan melindungi kita semua daripada segala perbuatan syirik yang kita semua tidak waspada dan tidak ketahui. Ameen.