Archive for October, 2009

هل يعلمون ربك؟؟؟

Apabila kamu ditanya : Siapa tuhan kamu?

Maka jawablah: Tuhanku ialah Allah yang memeliharaku dan seluruh makhluk dengan nikmatNya. Dialah sahaja yang aku sembah dan tidak ada tuhan yang aku sembah selain daripadaNya. Dalilnya, firman Allah Taala:

الحمدلله رب العالمين

“Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam”. (Surah Al-Fatihah, ayat 2).

Semua perkara selain daripada Allah adalah alam (makhluk) ciptaanNya dan aku adalah salah satu daripada makhlukNya.


Jika kamu ditanya lagi: Bagaimana kamu mengenali tuhan kamu?


Maka jawablah: Aku mengenalinya melalui tanda-tanda kekuasaanNya dan makhluk-makhluk ciptaanNya. Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian siang dan malam, matahari dan bulan dan di antara makhluk ciptaanNya ialah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta segala yang terkandung di dalam keduanya dan segala yang ada di antara keduanya. Dalilnya, firman Allah Taala:

ومن ءايته اليل والنهار والشمس والقمر لا تسجدوا للشمش ولاللقمر واسجدوا لله الذي خلقهن إن كنتم إياه تعبدون

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula kamu sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya kamu benar-benar beribadat hanya kepada Allah”. (Surah Fussilat, ayat 37).


Dan firmanNya lagi:

إن ربكم الله الذي خلق السموت والأرض في ستة أيامثم استوى على العرش يغشي اليل النهار يطلبه حثيثا والشمس والقمر والنجوم مسخرات بأمره ألا له الخلق والأمر تبارك الله رب العالمين

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari, lalu Dia bersemayam di atas Arasy, Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan cepat (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbir sekalian alam”. (Surah Al-A’raf, ayat 54).

“Ar-Rabb” antara ertinya ialah: ‘Yang disembah’ (Hanya Allah sahaja yang layak disembah). Dalilnya, firman Allah Taala:

يأيها الناس اعبدواربكم الذي خلقكم والذين من قبلكم لعلكم تتقون. الذي جعل لكم الأرض فراشا والسماء بناء وأنزل من السماء ماء فأخرج به من الثمراترزقا لكم فلا تجعلوا لله أندادا وأنتم تعلمون

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) seperti bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan sekutu bagi Allah, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)”. (Surah Al-Baqarah, ayat 21-22).

Kata Ibnu Kathir (rahimahullah Taala): “Hanya Pencipta segala kejadian ini sahaja yang layak disembah”.

Antara jenis-jenis ibadat yang diperintah oleh Allah agar dilaksanakan adalah seperti: Islam, Iman dan Ihsan. Di antaranya lagi ialah doa, (khauf) takut, (rajaa’) harap, tawakkal, (raghbah) gemar, (rahbah) gerun, khusyu’, (khasyiah) takut, (inabah) kembali kepadaNya, (isti’anah) minta pertolongan, (isti’azah) berlindung daripada kejahatan, (istighathah) minta bantuan, (Az-Zabh) korban dan nazar serta ibadat-ibadat lain yang telah diperintah oleh Allah. Semua ibadat ini  khas untuk Allah yang Maha Tinggi.


Dalilnya, firman Allah Taala:

وأن المساجد لله فلا تدعوا مع الله أحدا

Bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (beribadat kepada) Allah semata-mata, maka janganlah kamu menyeru dan menyembah sesiapapun bersama-sama Allah”. (Surah Al-Jin, ayat 18).


Sesiapa yang menjadikan salah satu daripada ibadat tersebut kepada selain daripada Allah maka dia telah menjadi syirik dan kufur terhadap Allah.


Dalilnya, firman Allah Taala

ومن يدع مع الله إلـها ءاخر لا برهان له به فإنما حسابه عند ربه إنه لا يفلح الكافرون

Sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang dalil (keterangan) mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya”. (Surah Al-Mukminun, ayat 117).


Dalil Doa:

Tersebut dalam hadis:

الدعاء مخ العبادة

“Doa adalah asas segala ibadat”.

Dalilnya, firman Allah Taala:

وقال ربكم ادعوني أستجب لكم إن الذين يستكبرون عن عبادتي سيدخلون الجهنم داخرين

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong (takbur) daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk ke dalam Neraka Jahannam dalam keadaan hina”. (Surah Ghafir [Al-Mukmin], ayat 60).

Dalil (Khauf) Takut:
Firman Allah Taala:

فلا تخافوهم وخافون إن كنتم مؤمنين

“Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika kamu benar-benar orang yang beriman”. (Surah Ali ‘Imran, ayat 175).

Dalil (Rajaa’) Harap:

Firman Allah Taala:

فمن كان يرجوا لقآء ربه فليعمل عملا صالحا ولا يشرك بعبادة ربه أحدا

“Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. (Surah Al-Kahfi, ayat 110).

Dalil Tawakkal:

Firman Allah Taala:

وعلى الله فتوكلوا إن كنتم مؤمنين

“Hanya kepada Allah hendaklah kamu berserah (bertawakkal), jika kamu benar-benar orang yang beriman”. (Surah Al-Maidah, ayat 23).

ومن يتوكل على الله فهو حسبه

“Sesiapa berserah diri (bertawakkal) kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan baginya (menolong dan menyelamatkannya)”. (Surah At-Tholaq, ayat 3).

Dalil (Raghbah) Gemar, (Rahbah) Gerun dan Khusyu’:

Firman Allah Taala:

إنهم كانوا يسارعون في الخيرات ويدعوننا رغبا ورهباوكانوا لنا خاشعين

“Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan, gerun dan takut serta mereka pula sentiasa khusyu’ (taat) kepada Kami”. (Surah Al-Anbiya’, ayat 90).

Dalil (Khasyiah) Takut:

Firman Allah Taala:

فلا تخشوهم واخشوني

“Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kamu kepadaKu”. (Surah Al-Baqarah, ayat 150).

Dalil (Al-Inabah) Kembali kepada Allah:

Firman Allah Taala:

وأنيبوا إلى ربكم وأسلموا له

Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah dirilah kepadaNya”. (Surah Az-Zumar, ayat 54).

Dalil (Isti’anah) Memohon Pertolongan:

Firman Allah Taala

إياك نعبدوا و إياك نستعين

“Hanya kepada Engkau sahajalah (Ya Allah) Yang Kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah  kami memohon pertolongan”. (Al-Fatihah, ayat 5).


Dalil daripada hadis:


(( إذا استعنت فاستعن بالله )).

“Apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah dengan Allah”.


Dalil (Isti’azah) Memohon Perlindungan:

Firman Allah Taala:

قل أعوذ برب الناس

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan Tuhan (Pemelihara) sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia”. (Surah An-Nas, ayat 1-2).


Dalil (Istighathah) Meminta Bantuan:

Firman Allah Taala:

إذ تستغيثون ربكم فاستجاب لكم

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan daripada Tuhanmu, lalu Dia memperkenankan permohonan kamu”. (Surah Al-Anfal, ayat 9).

Dalil (Az-Zabh) Korban:

Firman Allah Taala:

قل إن صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين

Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku (sembelihanku / korbanku), hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, tiada sekutu bagiNya”. (Surah Al-An’am, ayat 162-163).


Dalil daripada hadis:


((لعن الله من ذبح لغير الله )).

“Allah melaknat sesiapa yang menyembelih (korban) untuk selain daripadaNya”.

Dalil Nazar:

Firman Allah Taala:

يوفون بالنذر ويخافون يوما شره مستطيرا

“Mereka menyempurnakan nazar mereka (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepada mereka), serta mereka takutkan hari (Akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini”. (Surah Al-Insan, ayat 7).

Advertisements

Sumber sejarah MUHAMMAD (SAW)

Berhubung dengan sumber-sumber sejarah Rasulullah bolehlah kita bahagikan seperti berikut:

Pertama: Kitabullah (Al-Qur’an)

Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar kehidupan Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup Rasulullah dalam Al-Qur’an melalui salah satu aliran berikut:

a. Memaparkan beberapa bahagian dari kehidupan baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, al Khandaq atau al Ahzab juga seperti kisah perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsy.

b. Mengulas pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi penjelasan selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa kesamaran tentang pertempuran dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Islam terhadap sesuatu iktibar. Sebenarya segala-galanya ini mempunyai makna dan hubungkait yang amat rapat dan mesra dengan sejarah dan riwayat bidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Kesemuanya ini menampakkan kepada kita sebahagian besar daripada aspek-aspek kehidupan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dan hal ehwal yang bersangkutan dengannya.

Sebenarnya pendedahan Al-Qur’an Al-Karim tentang segala-galanya ini adalah terlalu ringkas dan padat, meskipun cara dan aliran pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain namun begitu kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangan secara ringkas terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah. Memang ini adalah jalan dan aliran Al-Qur’an Al-Karim di dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya’ yang terdahulu dan umat manusia di zaman silam.

Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith hadith).

Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksudkan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta’ oleh Imam Malik, Al Musnad oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.
Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam sejak dilahirkan hingga wafat nya kerana beberapa sebab:

a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari’at Islam maka hadith-hadith yang menceritakan tentang kehidupan Rasulullah berselerak dan berkecamuk dalam maudu’-maudu’  fiqah.

b. Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak memerhatikan soal ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup Rasulullah, apa yang mereka titik beratkan ialah penyusunan mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah seperti yang disebut tadi.

Ketiga: Kitab-kitab Sejarah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

Perihal riwayat hidup  Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam di zaman silam adalah melalui  mulut ke mulut tanpa mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangan kecil yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan peristiwa-penistiwa dalam sejarahnya itu. Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam sekadar yang sampai ke pengetahuannya antara mereka seperti ‘Urwah Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin ‘Othnan (wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat, 110H), Syarhabil bin Sa’d (wafat. 123H) dan Ibnu Syihab Al Zubri (wafat, 124H). Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang. Hanya tinggal beberapa bahagian yang tercamuk, setengahnya terdapat dalam kitab Al-Tabani manakala sebahagian yang lain pula tersimpan di bandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah sebahagian dan tulisan Wahb bin Manbah (110H). Kemudian timbul pula satu angkatan penyusun riwayat hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang terkemuka antara mereka ialah Muhammiad bin Isbaq (wafat, 152H) kemudian lapisan kedua, antara mereka ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Sa’ad (wafat pada tahun
230H) penyusun kitab Al-Tabaqat Al-Kubra.

Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq merupakan satu-satunya maklumat (dokumen) sejarah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang paling benar dan boleh dipegang. Tetapi malangnya kitab beliau yang berjudul Al Maghazi Wa Al Siyar telah hilang dan kehilangannya mengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di zaman itu.
Setelah masa beredar setengah abad lamanya barulah timbul seorang jaguh yang lain iaitu Abu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan Ibnu Hisyam, beliau telah menghidangkan kepada kita saringan sejarah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dengan cara yang menarik sekali. Sebenarnya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam itu adalah kandungan “Al Maghazi Wa Al Siyar”
yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk ringkasan. Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam bukunya begini:

“Ibnu Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan Riwayat Rasulullah daripada Kitab “Al Maghazi Wa Al Siyar” yang dikarang oleh Ibnu Ishaq setelah disaring dan dibuat beberapa pembaharuan, tambahan dan ringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama “Sirah Ibnu Hisyam “.

Akhirnya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkah mereka ini dalam usaha mengarang dan menyusun sejarah hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam, terdapat antara mereka yang cuba membentangkan pelbagai aspek hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Sebahagian dari mereka yang lain pula cuba mengkaji sudut-sudut hidup Baginda yang tertentu, seperti Al Asfahani dalam bukunya “Dala’il Al Nu buwwah” dan “Tanda-tanda Kenabian”. Imam Tarmidzi pula dalam kitabnya (Al Asy Syamail) cuba menyingkap aspek yang tertentu dan begitu juga Ibn Al Qayyim Al Jauziy dengan bukunya “Zad Al Ma’ad”.

Suatu kehilangan yang perlu ditangisi….

Suatu yang menarik perhatian dan indah bagi setiap muslim dan muslimat ialah melaksanakan suruhan Islam, mengamal kan adab peraturan serta sopan santun yang baik dan menarik dalam tatasusila Islam. Semua itu merupakan seni yang menambah seri setiap insan yang berakhlak mulia. Namun demikian akhlak mulia tidak akan wujud kecuali pada jiwa yang mulia, hati yang suci serta berasaskan iman dan taqwa yang dipadankan dengan kesabaran ketika berdepan dengan cabaran yang sering mematahkan iman dan
menghancurkan akhlak. Alangkah baik scandainya setiap muslim dan muslimat dapat mengamalkannya dengan adab dan sopan. Oleh itu bersopanlah kita dalam pergaulan harian menurut al Quran dan al Sunnah sepertimana yang diajarkan
oleh Rasulullah melalui sabdanya:

(( إنّما بعثت لأتمّم مكارم الأخلاق ))

‘Sesungguhnya aku Muhammad s.a.w. tidak diutus melainkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.’
Oleh itu eloklah mempelajari dan mengamalkannya sebagai panduan yang sihat ke arah pergaulan yang harmoni bagi mempraktik diri dan jiwa untuk mendapat keredhaan Allah Yang Maha Esa. Maka setiap apa yang dibincangkan pada laman ini akan menunjukkan kepada muslimin dan muslimat  satu cara pergaulan ke arah kemuliaan akhlak sepanjang hayatnya serta mendapat rahmat dan ganjaran dari Nya. Dengan itu saya sebagai penulis sentiasa berdoa kepada Allah supaya menjadikan apa yang saya tulis ini sebagai suatu amalan yang ikhlas kerana Allah. Saya mengharapkan penulisan ini dapat memberi faedah kepada pembaca yang terdiri
daripada saudara muslim, dan muslimah atau pendengar daripada orang Islam yang menerangkan kepadanya, serta beriman dengan ilmu dan beramal seikhlas hati semoga kita sama sama berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Insyaallah akan dikupaskan lebih lanjut selepas ini….kerana …ku letih untuk menulis blog hari ini…harap maaf..

Tabarruj? Boleh ke x? Anda kaji..

Persoalan utama…ape tu TABARRUJ? Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata:

“Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj). Jika dilihat fenomena sekarang teramat berbeza dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepada baginda Rasullullah ( SAW ) 1430 tahun dahulu… mengapa perkara sebegini berlaku? Setujukah anda jika saya berkata kerana kurang ilmu agama dan juga perasaan untuk kelihatan cantik? Ramai wanita melihat hasil dari TABARRUJ adalah kecantikan..mengapa tidak melihat kepada kesan sampingan ( side effect )  daripada perkara tersebut dari sudut zahir dan batin…adakah kerana telah di butakan mata untuk melihat perkara tersebut…mengapa tidak mengambil endah…? Kulit muka akan cepat rosak…banyak duit dibelanjakan hanya untuk barang make-up..sedangkan kita tahu bahawa pada hari Akhirat nanti kita akan dipersoalkan tentang rezeki yang Allah kurniakan kepada kita…DARI MANA KITA DAPAT? APA YANG DIBUAT? KE MANA DIGUNAKAN? MENGAPA DIGUNAKAN KEARAH ITU? mahukah kita menjawab ” YA RABBI AKU GUNAKAN DUIT UNTUK BARANGAN MAKE-UP ” apakah jawapan yang akan Allah lontarkan kepada kita nanti…? FIKIRKANLAH…

Insyaallah saya akan kupas lagi bab tabarruj ni dengan lebih lanjut…moga akan memberi manafaat kepada semua..

Dua golongan WANITA….

Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita ‘bebas’ (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim yang boleh di takrifkan sebagai muslimah.muslimah

Bagi wanita ‘bebas’ perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional  yang memastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada. Masa lapang bagi wanita ‘bebas’ ini ialah bertemu di ‘cocktail parties’, menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku sek. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan. Wanita ‘bebas’ menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini. Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadiimpian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas,    Las Vegas atau Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah – keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jcantiknya9ti1ika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya. Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al- Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya. Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah punca kepuasan hatinya dan sebagai galakan untuk menambahkan lagi amal soleh.

e

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan. Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

Sekarang marilah kita melihat kenapa terdapat perbezaan yang begitu besar dalam pemikiran dan pandangan dua golongan wanita ini. Pada pendapat saya, jika kita ketepikan sebab-sebab sampingan maka didapati masalah utamanya ialah tekanan jiwa yang dideritai oleh wanita ‘bebas’. Baginya (dan juga lelaki sepertinya) nampaknya ia tidak ketahui dari mana ia datang dan ke mana kesudahannya. la tidak mempunyai konsep yang jeias tentang pengertian hidup dan dalam banyak hal, ia sekurang-kurangnya berasa sangsi tentang wujudnya Akhirat, tak kurang pula yang menolaknya sama sekali. Amat sukar baginya mempercayai kehidupan selepas hidup di dunia ini. Lantaran itu kehidupannya di penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak sah jika sesuatu majlis tidak di sertai dengan minuman arak. Tidak hairan lagilah fikiran manusia yang mabuk akan memproklamirkan segala kejahatannya. Qalb (hati) yang merupakan pemberian paling berharga yang dianugerahkan oleh Allah supaya seseorang itu dapat membezakan antara yang baik dan yang jahat, antara benar dan salah kini sudah diliputi oleh timbunan cita-cita yang palsu. Kepalsuan yang kerap mengingatkan mereka bahawa hidup di dunia amat singkat dan lantaran itu akan melupakan perasaan takut kepada kematian sehingga sanggup pula mengorbankan segala-galanya untuk memanjangkan umur.

Berbeza dengan ini, Muslimah sentiasa merasa selamat. Ia beriman kepada Allah. Kepada kitab-kitab yang diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada manusia dan hari pembalasan yang akan mempelawanya masuk ke mana-mana pintu Syurga yang kekal. Baginya hidup ini penuh pengertiNew Picture (8)an sekiranya ia meningalkan kenikmatan yang sedikit itu, malah ia bukanlah merupakan satu pengorbanan yang besar tetapi sebaliknya menolong mengukuhkan lagi keimanan dan ia lebih mengharapkan pembalasan di hari Akhirat daripada apa yang dikejar oleh kaum sejenisnya yang ‘bebas’. Di sini kita terkeliru antara cara hidup Muslimah dengan golongan tertentu seperti nun (paderi wanita) atau wanita yang dicorakkan seperti masyarakat yang berideologi ‘hanya wanita’. Bagi nun (paderi wanita) hidup ini tertumpu kepada tunang rohaniahnya (spiritual bridegroom) Jesus dan hal ehwal keduniaan dianggap perangkap syaitan, manakala Muslimah pula disamping beribadah kepada Allah, ia digalakkan dengan apa cara sekalipun untuk menikmati kenikmatan yang hakiki dan memikul tanggungjawab hidup sehari-hari. Dia seharusnya menerima kasih sayang dan perlindungan dari suaminya yang bertaqwa, kegembiraan menjadi seorang ibu, mengenakan pakaian yang menarik dan berhias diri (di hadapan suaminya dan kaum keluarganya sahaja – ia menitikberatkan kasih sayang mereka dan bukannya pujian dan sanjungan orang lain ), merebut peluang berkongsi tanggungjawab menjaga kesejahteraan masyarakat yang mana ia sendiri adalah merupakan anggota penuh.

Bagi wanita ‘bebas’ (feminist) kehidupan ini tidak lain hanyalah satu perjuangan ideologi mereka dan untuk merealisasikan ini tidak kira samada ianya benar atau salah, setiap orang mesti menyertainya walaupun melalui jalan paksaan. Muslimah yakin sepenuhnya tentang kebenaran aqidahnya dan dkf1c75engan ini ia tidak akan ragu-ragu mengorbankan hidupnya sehingga sanggup keluar berdemonstrasi untuk menegakkan pemerintahan Islam atau dalam usaha untuk membebaskan suaminya, ayahnya, saudaranya yang dipenjarakan kerana mempertahankan Deen mereka seperti yang berlaku di Iran, Syria dan Filipina. Ia lebih rela berhijrah daripada bertolak ansur dan tunduk kepada Mulhid (atheis yang zalim seperti di Afghanistan atau Eritrea; kadang-kadang mungkin terpaksa berpisah dengan anak-anaknya dan meringkuk dalam penjara yang gelap sebagai tebusan kepada suaminya yang menjadi Mujahid bergerak secara senyap (sir) sebagai langkah berjaga-jaga daripada pemerintah-pemerintah yang zalim di kebanyakan negara-negara Muslim hari ini.

Semua kesukaran-kesukaran ini dihadapinya dengan penuh kesabaran kerana ia menyedari bahawa ini adalah daripada ujian-ujian Allah. Dengan ini ia menjadi contoh gemilang di dalam penglibatannya untuk mencapai matlamat yang unggul ini dan akan bersinar bukan sahaja di dalam masyarakat Muslim tetapi kepada seluruh kaum wanita yang mana hati-hati mereka sedang mencari-cari pengganti bagi cara hidup kebendaan Barat dan Timur. Dia akan bersifat hikmah mengajak mereka mengamalkan apa yang diyakininya dan tidak akan memaksa sesiapa pun menerima aqidahnya. Pada pendapat saya, kita dapat menyimpulkan bahawa walaupun nampak pada zahirnya Muslimah ketinggalan beberapa kenikmatan yang dianggap oleh wanita ‘bebas’ sebagai keperluan untuk kebahagian, tetapi Muslimah tetap mengalami kehidupan yang lebih kaya dan bahagia kerana dibantu oleh keimannya yang teguh. Ia merasai kepuasan mendisplinkan diri sendiri dan berkorban untuk mencapai matlamat yang murni dan pada masa yang sama merasai keindahan hidup berumah tangga dan kepuasan hidup dalam batas-batas syara’. Ia juga merasai ketenteraman jiwa hasil daripada mentaati perintah-perintah Allah S.W.T. yang bertujuan memberi kesejahteraan kepada manusia itu sendiri. Bukankah kemerdekaan dan kemajuan yang sebenar ialah pembangunan kemanusiaan yang mana para ibu memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk generasi akan datang, menggunakan seluruh kemampuan mereka yang ada bukan untuk keruntuhan tetapi memuliakan jiwa-jiwa yang dekat dengan mereka sekiranya mereka mengikut Cara Hidup Islam.

suami yaang sangat2 disayangi…

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . .

” “Hello?” “Abang, nie sayang nie,” “Emmm… ” “Abang masih ada di kelab lagi ke?”

“Iya.”

“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”

“Berapa harganya?”

“Cuma $1500.00 aje”

“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”

“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu ”

“Berapa harga yang dia bagi?” “Cuma $280,000 …”

“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”

“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”

“Apa?”

“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . ”

” Berapa harga yang mereka minta?”

” Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ..”

“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”

“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”

“Bye… I Love you too…”

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? ”

hahahaha

just cerita….

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana…..