Posts from the ‘motivasi’ Category

Bersandarlah kepada Allah bukan kepada amalan dan usaha..

Imtihan dah dekat..minggu ni pun dah ramai yang mula imtihan..saya juga tidak terlepas daripada imtihan ini..inilah lumrah seorang pelajar..memang tidak akan larilah dripada imtihan..kadang-kadang nak mengeluh jugak..tapi nak buat macam mana..memang inilah tugas sebagai seorang pelajar.. nak tengok sejauh manakah ilmu yang dipelajari lekat kat diri ni..nak tengok jugak sejauh mana kefahaman tentang ilmu tu pada diri sendiri..yela kita ni apabila nak seru orang lain, nak dakwah orang pun perlu perkemaskan diri dahulukan…

Jadi sempena musim peperiksaan ini marilah sama-sama beringat supaya kita tidak kecewa pada akhir imtihan nanti..kenapa pulak nak kecewakan? imtihan belum lagi mula..yela..memang imtihan belum bermula tetapi kita dah perlu study dah dari sekarang…kan nak skor markah tinggi..bak kata orang arab ” miah bil miah ” no..seratus peratus kot..tetapi kita kena ingatla..walau sekuat mana pun kita usaha jangan pulak kita lupa berdoa pada Allah..sebab hanya Allah saja yang tahu apa akan berlaku nanti..samada ” miah bil miah ” atau sebaliknya..

Janganlah kita ni nanti duk sedih-sedih bila markah exam kita rendah ke apa..sebab setiap apa yang berlaku itu adalah daripada Allah..Qada’ dan Qadarnya..jadi kita kenalah terima dengan hati yang terbuka selagi mana kita ni bergelar hamba kepada Allah..dan kita juga kena ingat bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya..dan satu lagi Allah tu ada dan suka bila hambaNya bersabar dengan dugaan yang diberikan..Firman Allah yang bermaksud ” apakah kamu mengira kamu telah beriman, sedangkan kamu belum di uji “..Ujian Allah tu untuk meningkatkan darjat kita disisi Allah..

.:: Gambar Hiasan ::.

Marilah sama-sama kita melihat kepada kata-kata hikmah ini yang mana mungkin dapat mengingatkan kita bahawa perlunya kita berharap kepada Allah melebihi daripada pengharapan kita kepada amalan dan usaha kita :

من علامات الإعتماد على العمل نقصان الرجاء عند وجود الزلل

( antara tanda-tanda seseorang itu meletakkan harapan dia kepada amalan yang dilakukan ialah kurangnya pengharapan ( kepada Allah ) apabila wujudnya sesuatu yang tidak menyenangkannya )

Daripada kata hikmah ini dapatlah kita simpulkan bahawa tanda seseorang itu melakukan sesuatu dan berharap amalannya itu dapat membantu dan memberi natijah yang baik padanya ialah apabila kehendaknya itu tidak dipenuhi dia akan merasa sedih dan tidak berharap kepada bantuan Allah..jadi disini bersempena dengan minggu exam ini marilah sama-sama kita beringat bahawa setiap apa yang kita lakukan biarlah sandaran terakhir kita kepada Allah..dengan kata mudahnya dengan kita bertawakkal kepada Allah setelah kita berusaha..

Jangan pula kita berserah bulat-bulat tanpa ada sedikit pun usaha..kerana ianya menyalahi apa yang telah di firman kan oleh Allah dalam Al-Quran mafhumnya ” apabila kamu telah berazam ( berusaha dengan sedaya upaya ) maka bertawakkallah kepada Allah “..insyaallah dengan konsep ini kita tidak akan bersedih apabila kita mendapat markah yang rendah didalam exam nanti..sebelum mengakhiri motivasi sempena imtihan ini, marilah kita hayati satu lagi kata-kata hikmah yang akan menjadi pengubat duka apabila natijah kita rendah setelah berusaha dengan sepenuh tenaga..

سوابق الهمم لا تحرق اسوار الأقدار

( kekuatan semangat ( kemahuan,cita..etc ) tidak mampu memecahkan benteng takdir )

Insyaallah dengan kita betul-betul menghayati kata-kata ini kita mampu mengelakkan diri kita daripada bersedih jika ditimpa apa saja bentuk musibah..dalam bab exam ni mungkin musibah rendahnya markah dan sebagainya..apa-apa pun salam imtihan kepada semua warga irbid khususnya pelajar Yarmouk..

Beban Pelajar Agama..

Sekarang ini kita dapat melihat terlalu ramai pelajar2 kuliah syariah atau lebih sinonim lagi dengan nama pelajar agama. Tetapi berapa ramiakh daripada golongan ini yang menyedari apakah tujuan utama dan beban yang mereka bawa apabila mereka telah masuk berkecimpung dalam bidang AGAMA ini? Pernahkah kita selaku pelajar AGAMA bertanya pada diri sendiri ” APAKAH TUJUAN SEBENAR AKU MEMPELAJARI AGAMA ISLAM ? ” ” APAKAH BEBAN DAN TANGGUNGJAWAB AKU DI MASA HADAPAN ? ” andai kita pernah bertanya tentang ini pada diri kita bersyukurlah tetapi jika kita belum pernah terdetik untuk bertanya akan hal ini maka AWASLAH.

TUJUAN BELAJAR AGAMA…

Tujuan utama kita mendalami ilmu agama ini adalah untuk kita mengenali dan mendalami serta menghayati keindahan agama itu sendiri. Agama islam adalah panduan dan suluk untuk kehidupan kita di dunia yang fana’  ini. Dunia hnayalah JAMBATAN atau PERHENTIAN sementara bagi kita untuk kita menuju ke hari yang  ABADI kelak. Jadi tujuan utama kita mempelajari ilmu ini adalah untuk menyelamatkan diri kita dari AZAB ALLAH yang teramat pedih di AKHIRAT sana. Itu adalah hadaf utama kita. Di samping hadaf utama ini di sana terdapat hadaf2  sampingan lain seperti mengislahkan umat dan sebagainya.

BEBAN SEBAGAI PELAJAR AGAMA..

Terdapat  TIGA BEBANAN dan PEGANGAN sebagai seorang pelajar agama :

إن الطلاب الشريعة هو آيات الله تتحرك و تتمشي

” sesungguhnya seorang pelajar syariah ( pelajar agama ) adalah penjelas atau penerang kepada ayat2 ALLAH ( Al-Quran & Hadis ) yang bergerak ”

Maksud yang dikehendaki dari kata2 ini adalah setiap pelajar agama ini telah dilabelkan oleh masyarakat bahawa mereka ini adalah golongan yang memahami segala-galanya tentang HUKUM2 ALLAH dan setiap PERMASALAHAN dalam agama islam. Tetapi adakah kita sebagai pelajar agama ini telah mencapai tahap yang telah dilabelkan oleh mereka? Perlukah kita untuk mencapai apa yang telah mereka harapkan dari kita? LEBIH2 LAGI JIKA KITA INI ADALAH PELAJAR YANG  MENDAPAT TAJAAN ATAU ZAKAT DARI NEGERI MASING2… RENUNGKANLAH…

إن الطلاب الشريعة هو رايات أو العلام للدين الله

Sesungguhnya pelajar2 syariah ini adalah pemegang bendera2 atau panji2 islam ”

Maksudnya ialah setiap pelajar agama ini merupakan identiti kepada pengenalan orang asing kepada agama islam itu sendiri. Sepertimana bendera negara melambangkan sesebuah negara yang mana melambangkan kedaulatan dan kekuatan negara itu sendiri. Jadi selaku pelajar atau orang yang menjadi identiti kepada agama, seharusnyalah kita ini lebih berwaspada tentang setiap gerak geri kita. Tidak kiralah dari segi mana pun seperti percakapan, kelakuan, sikap dan sebagainya. Jangan kerana kita seorang AGAMA ISLAM INI DIPANDANG RENDAH oleh mereka2 yang selalu mengikuti perkembangan islam ini. Sepertimana peribahasa melayu ada mengatakan ” KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA “…

إن الطلاب الشريعة هو التابيعيات للناس

sesungguhnya pelajar agama ini adalah ikutan kepada manusia2 lain ”

Maksud kepada kata2 ini sudah jelas dan tidak perlu dijelaskan sebenarnya tetapi atas rasa tanggungjawab saya ingin menerangkan juga tentang maksud kata2 ini. Menjadi ikutan kepada manusia lain bukanlah satu perkara yang MAIN-MAIN, jadi seharusnya kepada mereka2 yang bergelar pelajar agama ini mengambil PERHATIAN yang mendalam dalam setiap gerak-geri kita terutamanya yang zahir seperti pakaian, percakapan, kelakuan dan sebagainya. Untuk menjadi ikutan yang terbaik seharusnya kita sebagai pelajar agama membaiki segala kesalahan yang kita lakukan. Terimalah teguran yang memberi manafaat kepada kita. InsyaAllah satu hari nanti orang yang kita nasihati akan mengikut nasihat kita.

Ingatlah bahawa perjalanan kita sebagai seorang pelajar agama bukan berakhir apabila kita habis belajar bahkan baru bermula. Bermula dari DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT dan NEGARA. Jadi kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menempuhi cabaran yang bakal bermula tidak lama lagi. Jadikan waktu belajar kita ini sebagai MEDAN LATIHAN untuk kita sebelum kita menempuhi MEDAN YANG LEBIH BESAR LAGI…

Segala yang baik itu datangnya dari  ALLAH dan segala yang lemah dan silap itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.. Wallahua’lam…

Yakin kepada ALLAH…

Satu kisah yang menarik direkodkan oleh al-Bukhari dalam kitab sahihnya. Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w. bahawasanya baginda menceritakan kisah seorang lelaki dari kalangan bani Israel yang meminta dari seorang kenalannya juga dari bangsa bani Israel agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar. Lantas si pemberi hutang berkata : ”Bawakan kepadaku saksi-saksi agar mereka menjadi saksi hutang ini. Lelaki penghutang menjawab : ”Cukuplah bagiku Allah sebagai saksi”. Kemudian si pemberi hutang berkata lagi : ”Bawakan kepadaku penjamin”. Jawab si penghutang lagi : ”Cukuplah bagiku Allah sebagai penjamin”. Lelaki si pemberi hutang terus menjawab : ”Engkau benar” sambil menyerahkan kepadanya hutang tersebut sehingga suatu tempoh yang telah ditetapkan.

Selepas itu, lelaki si penghutang tadi pun keluar menuju ke laut dan menunaikan hajatnya. Kemudian, selepas sampai tempoh waktu hutang perlu dibayar sebagaimana dijanjikan, dia cuba mendapatkan kapal untuk menyeberangi laut ke tempat si pemberi hutang namun tiada kapal pada ketika itu. Lantaran itu, dia mengambil sebatang kayu lalu menebuk lubang pada kayu itu. Dia pun memasukkan duit 1000 dinar ke dalam kayu tersebut serta dilampirkan sepucuk surat. Selepas lubang tadi disumbat dan ditutup semula, dia pun pergi ke tepi pantai dan berkata : ”Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya engkau mengetahui bahawasanya aku berhutang dengan si folan sebanyak 1000 dinar, lalu dia meminta aku datangkan penjamin, tetapi aku menjawab cukuplah Allah sebagai penjaminku. Dia reda Engkau menjadi penjaminku. Dia juga meminta aku datangkan saksi, lalu aku berkata cukuplah Allah sebagai saksiku. Dia reda Engkau menjadi saksiku. Hari ini aku bersungguh-sungguh mencari kapal untuk aku membayar hutangku, tetapi aku tidak mampu dan tidak menjumpainya. Jadi aku meletakkannya dalam kayu dan menghayutkannya ke dalam laut sehingga tenggelam ke dalamnya”.

Kemudian dia pun beredar dari situ dan masih meneruskan pencarian kapal yang boleh membawanya menyeberangi laut tersebut. Dalam masa yang sama, lelaki si pemberi hutang pun sedangkan menunggu-nuggu lelaki penghutang di tepi pantai. Dia melihat-lihat, takut-takut ada kapal yang akan berlabuh dan membawa duit hutangnya dahulu. Tiba-tiba tiada kapal muncul tetapi dia terjumpa sebatang kayu yang dipukul ombak sehingga ke tepin pantai. Lantas dia mengambil kayu tersebut dan membawanya pulang untuk dijadikan kayu api. Tatkala membelah kayu itu, alangkah terkejutnya kerana ia mendapati ada duit dan sepucuk surat yang dihantar untuknya.

Tidak lama selepas itu, tiba lelaki si penghutang kepadanya dengan membawa 1000 dinar lagi dan berkata ”Demi Allah, aku telah cuba sedaya upaya mendapatkan kapal untuk datang berjumpamu, tetapi aku tidak menjumpai sebuah kapal pun sebelum ini. Lelaki si pemberi hutang bertanya : ”Apakah engkau mengutuskan kepada aku dengan sesuatu benda?”. Dia menjawab : ”Aku beritahu dah kepadamu aku tidak menjumpai sebuah kapal pun sebelum ini”. Lalu lelaki si pemberi hutang berkata : ”Sesungguhnya Allah Taala telah melunaskan hutangmu dengan menyampaikan kayu yang engkau utuskan”. Lelaki si penghutang pun pulang ke rumahnya dengan gembira sambil membawa 1000 dinar.

Moral kisah :
1. Hendaklah yakin kepada Allah dalam apa jua keadaan
2. Hendaklah menjaga soal hutang piutang dengan baik
3. Bantulah saudara anda dalam kesusahan
4. Menepati janji dan amanah

ukhuwwah..

ERTI KAWAN:
SAHABAT(TEMAN)
BERSAUDARA
PENASIHAT
SUSAH SENANG BERSAMA
PENDORONG
SANGGUP BERPISAH KERANA KEBENARAN

2 PERKARA YANG MESTI KITA LUPAKAN
KEBAIKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBURUKAN ORANG LAIN PADA KITA

2 PERKARA YANG MESTI KITA INGAT
KEBURUKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBAIKAN ORANG LAIN PADA KITA

MUTIARA KATA SEORANG SUFI
HAK SEORANG KAWAN
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA…

CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula
BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau cintai pula

-saidina Ali Abi Talib-

Aku hamalatul quran….

Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu Ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendukung kitab suci. Hamlatul Quran itulah aku!

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..

“…seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui…
malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang
sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia…”

Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran…begitukah aku?

Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan..Baru ku sedar, Hamlatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..

Namun… Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.. ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik ku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan
Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?

Sahabatku… ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.

exam lagi…

“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?… ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”

Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar. Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran. Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan. Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban. Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” ( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja. Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai. Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir.

Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi.

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti.

3.Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca.

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul.

Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani. Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan. Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya.

Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi. Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran. Sesungguhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya. Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru. Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri. Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya. Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.