Sebagaimana yang kita ketahui dalam dalam post yang sebelum ini yang mana syariah islamiyyah di bahagikan kepada beberapa cabang yang utama dan antaranya ialah semua perkara yang berkaitan dengan ibadat yang dinamakan fiqh ibadah di dalam pengajian islam di mana-mana negara sekalipun. Tak kenal maka tak cinta itulah pepatah melayu yang boleh saya ungkapkan bagi menarik para pembaca untuk lebih mengenali dan mendalami perkara yang berkaitan dengan ibadah ini. Firman Allah :

”  و ما خلقت الجن والانس الا ليعبدون “

maksudnya : dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembahKu ( beribadat kepaduKu )

Jelas daripada ayat ini kita dapat lihat bahawa salah satu tujuan utama Allah mencipta kita di muka bumi ini adalah untuk beribadat kepadaNya dengan cara mengikuti segala perintah yang telah di suruh dan menjauhi segala laranganNya. Kenapa kita perlu beribadat kepada Allah? Itulah persoalan utama kita dalam perbahasan kali ini. Di sini saya akan gariskan beberapa aspek dan faktor penting mengapa kita perlunya kita beribadat kepada Allah ?

1) Bagi menjawab suruhan Allah kepada kita.

2) Bagi menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah.

3) Bagi membezakan kita daripada penganut agama lain.

4) Bagi mendapatkan kasih sayang dan redha Allah terhadap kita.

1_378043950l_t1

Sebagaimana yang kita ketahui bahawasanya nyawa kita ini hanyalah sebagai pinjaman daripada Allah, jadi seharusnya bagi kita untuk menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih kita kepada Allah atas kurniaan ini. Jadi melalui jalan ibadat kepada Allahlah dapat kita tunjukkan betapa kita bersyukur kepada Allah. Dan untuk memperolehi natijah ibadat yang sempurna perlulah kita tahu akan kaedah dan cara-caranya. Di situlah datangnya kepentingan fiqh ibadat ini iaitu bagi memberi panduan kepada kita tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu ibadat tersebut.

Selain itu juga, perlulah kita ingat bahawa ibadat ini berkait rapat dengan keimanan kita kepada Allah dan kita diberi ganjaran pahala dan dosa berdasarkan keimanan kita kepada Allah. Jika kita tidak beriman kepada Allah maka segala amalan kita tidak akan diberi ganjaran pahala oleh Allah walaupun seikhlas mana kita ketika melakukan ibadat tersebut. Keimanan menjadi kayu ukur yang utama dalam penentuan penerimaan atau penolakan ibadah kita kepada Allah. Oleh kerana itu Allah telah mengajar nabi kita tentang perkara yang berkaitan dengan keimanan terlebih dahulu selama 13 tahun sebelum diberinya baginda segala perkara yang berkaitan dengan ibadah dan hukum hakam dalam agama.

Bagi membuka minda para pembaca, perbincangan yang akan dibincangkan dalam ibadah ini bukan sahaja berkaitan dengan rukun dan syarat kepada sesuatu ibadah tetapi merangkumi beberapa aspek yang lain :

1) Pensyariatan sesuatu ibadah tersebut bersama dalilnya.

2) Maqasid syariah dalam ibadah tersebut.

3) Perbahasan ulama-ulama 4 mazhab dan selainnya dalam sesuatu ibadah.

4) Khilaf yang terdapat pada sesuatu ibadah tersebut.

5) Hukum seseatu ibadah tersebut bersama dalilnya.

6) Rukun dan syarat sesuatu ibadah tersebut.

Insyaallah kita kan kupaskan satu-satu perbahasan mengikut apa yang telah digariskan. Dan insyaallah kita sama-sama mengambil manfaat daripada perbahasan yang akan dibahaskan nanti insyaallah.