Posts from the ‘Usul Fiqh’ Category

Pengenalan Usul Fiqh..

Usul feqh ini merupakan satu gagasan ilmu yang penting bagi mereka-mereka yang mempelajari ilmu feqh..ini kerana usul feqh ini merupakan dasar kepada ilmu feqh yang ada sekarang ini..ilmu ini juga penting bagi kita meningkatkan lagi keyakinan kepada sesuatu hukum yang di pegang..sebagai contoh..kita berpegang bahawa solat itu wajib..tetapi kita tidak mengetahui dimanakah dalil-dalil yang mengatakan bahawa solat itu wajib..jika sekiranya disana ada seseorang yang cuba mengatakan bahawa solat itu tidak wajib..ada kemungkinan pegangan kita akan menjadi goyah lantaran tidak mengetahui usul kepada wajibnya solat itu.

Sebelum kita memasuki dan mendalami tentang ilmu usul feqh ini..marilah kita mengenali dahulu tentang makna usul feqh itu sendiri..seperti kata pepatah melayu ” tak kenal, maka tak cinta “..jadi bagi kita mencintai sesuatu ilmu itu..perlulah kita tahu akan maksud disebalik ilmu itu sendiri terlebih dahulu.. Usul feqh ini terbina daripada dua perkataan iaitu USUL dan FEQH..jadi tidak dapat tidak kita perlu mengetahui maksud setiap perkataan ini daripada segi bahasa dan juga istilah yang telah dikeluarkan oleh para ulamak kita..Usul bermaksud asal kepada sesuatu atau juga ditakrifkan sebagai “apa yang terbina daripadanya perkara yang lain”.. Contohnya..asal kepada pembinaan rumah adalah tiang..jadi tiang itulah menjadi asal kepada rumah yang akan dibina..dengan maksud lain..jika tiadanya tiang maka rumah tersebut mungkin tidak dapat dibina.

Ini adalah dari segi bahasa..jika dilihat dari sudut kefahaman ulama dan juga penggunaan perkatan usul ini, ia dapat di takrifkan kepada beberapa makna..Pertama ” Dalil “.. sebagai contoh..seseorang berkata ” asal kepada permasalahan ini adalah ijmak ” apa yang dimaksudkan dengan perkataan usul disini adalah ” dalil “..iaitu katanya ” dalil kepada masalah ini adalah ijmak “.. Kedua ” rajih atau benar ” sebagai contoh.. “asal kepada percakapan adalah yang mempunyai hakikat ” apa yang dimaksudkan dengan perkataan asal disini ialah ” percakapan yang benar dan tepat adalah yang mempunyai hakikat dan fakta “..Ketiga ” kaedah “.. seperti biasa saya akan datangkan contoh..dalam ilmu nahu atau tatabahasa arab ada meletakkan kaedah iaitu¬† ” asal kepada faa’il ( pelaku ) adalah adalah marfuu’ ” apa yang dimaksudkan dengan asal disini ialah ” kaedah umum bagi faa’il hukumnya adalah marfuu’ “.

Seterusnya beralih kepada maksud ” feqh “.. Feqh dari segi bahasanya bermaksud mempunyai ilmu tentang sesuatu dan memahaminya.. Tetapi penggunaan ” feqh ” dalam Al-Quran tidak bermaksud tentang ilmu secara mutlak..tetapi lebih kepada kedalaman kefahaman, kemampuan yang teliti dan mengetahui apa yang dimahukan oleh sesiapa yang berkata.. Dari segi istilah pula ” Feqh ” bermaksud ” ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah yang berupa amalan yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci “..¬† Insyaallah perincian tentang ” feqh ” ini akan dibahaskan lagi didalam kategori ” Feqh Umum ” insyaallah..

Selesai meneliti makna setiap perkataan iaitu USUL dan FEQH..jadi marilah sama-sama kita meneliti pula maksud USUL FEQH pula.. Usul feqh merupakan satu gagasan ilmu yang membincangkan tentang kaedah-kaedah dan cara mengistinbat hukum-hakam daripada dalil-dalil syariah ( Al-Quran dan Sunnah ).. Kaedah yang telah diletakkan ini adalah kaedah kulliyah yang mana dibawahnya wujudnya juzuk-juzuk yang lain yang mana juzuk-juzuk ini akan mengikuti kaedah kulliyah ini.. Sebagai contoh.. satu kaedah usuliyyah iaitu ” al-amru yufiidu al-wujub ” yang bermaksud sighah amar itu menunjukkan kepada perkara yang wajib..Jadi setiap dalil yang terdapat padanya sighah amar ini ( berbentuk suruhan ) menunujukkan perkara tersebut adalah wajib..

Daripada kaedah-kaedah yang telah diletakkan inilah para ulama dan mujtahid dapat berijtihad tentang sesuatu hukum yang berkaitan dengan perbuatan kita..jadi disini dapatlah kita lihat bahawa ilmu usul feqh ini merupakan ilmu yang teramat penting bagi mereka-mereka yang mempelajari ilmu feqh..kerana bagi mendapatkan keyakinan yang tinggi dalam pegangan kita..seharusnyalah kita mengetahui akan asal kepada sesuatu pegangan tersebut… Setakat ini sahaja dahulu tentang pengenalan kepada ilmu Usul Feqh ini..Insyaallah kita akan menyambung lagi pada entri akan datang mengenai sejarah penulisan ilmu usul ini..

Advertisements

Pentingnya Usul..

Apakah yang dimaksudkan dengan usul..?

Disana terdapat banyak maksud yang telah diberikan oleh pakar-pakar bahasa dalam mendefinasikan perkataan usul ini.. antaranya adalah asas kepada sesuatu benda..atau asal kepada sesuatu..ini yang dimaksudkan dengan perkataan usul.. Tetapi kenapa usul ini penting? Bukankah natijah itu lebih penting daripada usul? Manusia berhajat kepada natijah, tanpa natijah maka sesuatu itu tidak ada apa-apa makna..bukankah itu yang bermain didalam kotak fikiran kita..?

Ya..tidak dinafikan natijah itu juga penting didalam sesuatu perkara..tetapi bagi kita mendapatkan sesuatu natijah dan yakin dengan kekuatan natijah itu..kita perlulah mengetahui asasnya..yakni usul atau asal datangnya natijah itu..dari manakah datangnya sesuatu natijah itu sendiri..? Begitu juga dengan ilmu..ilmu itu ada asasnya..dari mana datangnya ilmu itu.. dan dari setiap ilmu-ilmu ada usulnya masing-masing.. Feqh..ada usulnya..akidah..ada usulnya..dan sebagainya..

Disini saya akan membawa contoh perbezaan antara mereka yang mengetahui usul sesuatu ilmu itu atau cuma menghafal natijahnya sahaja..sebagai contoh.. 2 orang mekanik kereta..seorang mekanik itu mempunyai ilmu asas tentang kereta..tahu tentang jenis kerosakan, tahu jenis barang yang perlu diganti..tahu jenama-jenama yang baik dan sebagainya.. seorang lagi hanya membaiki kereta tanpa mengetahui apakah masalah yang berlaku..jadi disini adakah kita kan memilih untuk menghantar kereta kita kepada mekanik pertama atau kedua? Siapakah diantara mereka yang lebih menyakinkan kita untuk memperbaiki kerosakan kereta kita?

Jadi disini kita dapat melihat, bagaimana pentingnya seseorang itu untuk mengetahui sesuatu usul kepada natijah..dan perkara ini lebih ditekankan kepada mereka-mereka yang mempelajari feqh..mengapa saya katakan demikian? Ini kerana kita tidak mahu para pelajar feqh cum sekadar menghafal dalil-dalil yang terdapat didalam buku bahkan kita mahukan mereka dapat mengeluarkan hukum daripada nas-nas Al-Quran dan Sunnah nabi (s.a.w)..Jadi bagaimana kita hendak mengeluarkan hukum, jika kita tidak memahami kaedah-kaedah usul? Atau usul kepada hukum tersebut? Jadi mahu tidak mahu kita perlulah mempelajari usul feqh ini dengan lebih mendalam..dan bukan sahaja mempelajari..bahkan kita perlu menggunakan kaedah-kaedh usul yang telah kita pelajari dalam setiap pengajian yang melibatkan feqh..walaupun disana tidak disebutkan bagaimana hukum ini dikeluarkan tetapi kita dapat mengetahui bahawa hukum tersebut dikeluarkan seperti itu dan ini..

Apa faedah kita belajar ilmu usul ni?

Faedahnya terlalu banyak..antaranya ialah :

1) Kita dapat memahami hukum fiqh dengan lebih mendalam..

2) Keyakinan kita kepada sesuatu hukum yang dikeluarkan itu menjadi semakin kuat..

3) Menjadikan kita lebih dipercayai apabila mengeluarkan sesuatu hukum..

Inilah antara faedah-faedah yang terbesar pentingnya untuk kita mengetahui sesuatu usul..terutamanya usul tentang masalah yang berkaitan dengan feqh.. Jadi setakat ini sahajalah entri kali ini..apa yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya..apa yang lebih itu datangnya dari Allah..Wallahua’lam..