Archive for January, 2010

MeNdALaMi MaKsUd Al-iLaH…

Sebagaimana yang telah dijanjikan dalam post sebelum ini saya akan cube untuk berkongsi ilmu tentang makna yang perlu kita dalami dengan sebenar2nya dari kalimah yang mulia ini yakni Al-ilah..marilah sama2 kita singkapi makna yang tersingkap disebalik kalimah yang mulia ini dari pelbagai sudut..pertama dari sudut bahasa, dari sudut pendapat dan pandangan orang jahiliah dan juga kesimpulan yang dapat kita buat melalui kefahaman ini…moga2 dapat dihayati dan diamalkan dalam diri maksud sebenar kepada maksud al-ilah ( ketuhanan ) ini…

Perkataan arab sinonimnya tercipta melalui 3 huruf yang utama..kalimah Al-ilah berasal dari huruf hamzah ( ء ) lam ( ل ) dan ha’ ( ه ).. di dalam kamus arab terdapat banyak makna yang ditafsirkan.. antara ialah..cenderung, tidak boleh berpisah, rindu, pengabdian, mengharapkan dan juga berlindung.. dari makna2 yang yang ditafsirkan dapatla kita simpulkan bahawa Al-ilah ini hanya layak kepada seseorng yang kuat, berkuasa, hebat, dicintai, ditakuti, di geruni dan sebagainya.. Ini kerana kebiasaan manusia hanya akan cenderung kepada sesuatu apabila berhajat kepada benda tersebut… mungkinkah kita akan cenderung kepada seseorg atau sesuatu yang tidak akan dapat membantu kita? saya yakin tiada seseorg pun di dunia ini akan cenderung kepada benda tersebut…

Jika diteliti lagi makna yang ditafsirkan di dalam kamus bagi kalimah ini setiap penafsiran mempunyai satu rabitoh ( ikatan ) antara satu sama lain… dalam kata mudah yang lain… Sebagai seorang manusia yang begitu lemah kita akan mengharapkan perlindungan dari seseorg yang mempunyai kuasa dan kekuatan..kita akan mula cenderung kepada seseorg itu dan mula kasih dan rindu padanya..bagi membuktikan rase cinta dan kasih itu kita akan mula melakukan perkara yang disukainya ( mengabdikan diri ).. lihatlah ikatan yang terjalin antara makna2 yang telah ditafsirkan ini… Maka patutlah kita faham bahawa perkataan Al-ilah itu hanyalah untuk Yang maha agung dan perkasa yakni Allah subhanu wata’ala sahaja dan tiada yang layak selain daripadaNya..


Sekarang mari kita lihat pula dari sudut pemahaman orang arab jahiliah tentang Al-ilah ini… firman Allah dalam kitab sucinya yang bermaksud :

” dan mereka ( org kafir ) memperbanyakkan tuhan mereka selain daripada Allah dengan harapan mereka mendapat pertolongan dan perlindungan ”

” dan mereka ( org kafir ) memperbanyakkan tuhan mereka selain Allah dengan harapan mereka akan mendapat pertolongan dari tuhan mereka ”

Dalam dua potong ayat dari al-quran ini dapatla kita simpulkan bahawa orang arab jahiliah dahulu mahupun sekarang menganggap Al-ilah ( tuhan ) sebagai suatu yang dapat menolong dan menyelamatkan serta melindungi mereka dari segala marabahaya dan kesulitan yang akan menimpa mereka. Sembahan golongan ini mempunyai pelbagai masalah antaranya ialah :

1) sembahan mereka hanya berguna ketika mana mereka mengalami kesusahan dan kesulitan.
2) sembahan mereka bukan hanya terdiri daripada jin dan manusia serta patung berhala tetapijuga menjadikan mayat sebagai  sembahan.
3) mereka menyangka sembahan mereka selain daripada Allah mendengar seruan mereka dan menunaikankan hajat mereka.

Sebelum dihuraikan lebih lanjut tentang Al-ilah ini..perlulah kita fahami maksud seruan ( doa ) dan menunaikan ( ijabah ) yang diharapkan seseorang dari Al-ilah..sebagai contoh..

seseorang yang sakit sudah pastinya akan mengharapkan pertolongan daripada doktor dan menyerunya. Dalam konteks ini seruan pesakit tersebut bukanlah seruan yang sama ditujukan kepada Al-ilah. Adalah wajar bagi pesakit itu untuk meminta doktor untuk membantunya mengikut aturan dunia ini. Adapun sekiranya pesakit itu menyeru kepada patung atau orang yang dah meninggal untuk kesembuhannya maka dia telah menjadikan makhluk itu sebagai tuhan atau dalam erti kata yang mudah dia telah mempertuhankan patung tersebut.

mana mungkin seorang hamba itu akan mengharapkan sesuatu yang tidak mempunyai daya dan kekuatan untuk menuanikan hajatnya. seperti mana contoh yang lepas.. tidak mungkin pesakit itu akan mengharapkan sesuatu melainkan dengan keyakinan bahawa yang ditujukan harapan itu mempunyai kuasa yang mutlak bukan seperti patung dan sebagainya.

Berbalik kepada pandangan orang jahiliah tentang makna dan maksud kalimah Al-ilah ini.. Firman allah yang mafhumnya :

” dan orang2 yang menyekutukan Allah berkata ” tidaklah kami menyembah mereka melainkan semata2 kami didekatkan kepada Allah sedekat-dekatnya” ”

” dan mereka menyembah selain daripada Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat dan kemudharatn kepada mereka, mereka berkata ” mereka itulah ( sembahn selain Allah ) yang akan membela kami dihadapan Allah ” ”

Dari dua ayat yang mulia ini dapatlah kita simpulkan bahawa orang arab jahiliah ini tidaklah berpendapat bahawa tuhan yang mereka sembah itu mempunyai kekuasaan sama rata atau tidak tetapi mereka mempercayai dan meyakini bahawa disana adanya satu sembahan yang dikenali dengan sebutan Allah di dalam bahasa arab. Adapun kepercayaan mereka terhadap tuhan mereka hanyalah sebagai tawassul ( jalan ) dimana Allah akan menerima pujukan mereka. Kerana pujukan itu mereka menganggap mereka akan terhindar dari segala kesulitan dan kepayahan. Dengan kefahamn ini,mereka telah meletakkan sembahan mereka sejajar dengan Allah.

Dari keterangan ini dapatla kita ambil istifadhah ( faedah/peringatan ) bahawa sesiapa yang menganggap sesuatu baik dari golongan manusia, jin dan malaikat yang mampu memberi syafaat di sisi Allah lalu memanjatkan doa dan meminta pertolongan dengan upacara atau sajian maka dia telah mempertuhankan benda tersebut.

p/s ~ syafaat yang diyakini ada kekuatan kepada pemberi syafaat sehingga dapat memaksa Allah mengabulkan spt menganggap seseorang mempunyai kuasa atau sebagainya ( x boleh )

p/s ~ syafaat yang diiringi dengan kelembutan dan kerendahan hati serta tanpa paksaan spt sayafaat para nabi dan sebagainya (dbenarkan )

saya rasa sampai disini dahulu penjelasan saya mengenai Al-ilah buat masa ini..InsyaAllah saya akan menyambung tentang Al-ilah ini di masa akan datang..wallahu ‘alam

Advertisements

fahamkah kita?

Alhamdulillah…bersyukur kepada Allah kerana telah memberi ana satu  kerajinan untuk menulis setelah sekian lame meninggalkan blog ni.. Di kesempatan ini ana ingin berkongsi dan bertanya serta memuhasabah diri kita samada kita benar2 faham serta mendalami makna2 dari kitab Allah subhanahu wata’ala… banyak kalimah2 dari Al-Quran yang masih lagi kita tidak mendalami maksud dan pemahaman yang sebenar sebagaimana fahamnya ulama’ terdahulu… Antara kalimah yang ingin ana sentuh ialah empat kalimah yang mana sering diulang dalam Al-Quran yang mana sepatutnya menjadi panduan hidup seluruh ummat manusia.. Empat kalimah ini ialah kalimah yang memang dipandang enteng dan kecil serta dipandang sekilas mata sahaja oleh umat islam kini… Al-ilah, Ar-rab, Ad-din dan Al-‘ibadah adalah empat kalimah yang ingin ana kongsikan maksud yang benar2 difahami oleh ulama’ besar dahulu seperti Abu ‘ala al-maududi dan sebagainya.. Mungkin ramai yang akan kate ” dah paham dah maksud ni, Al-ilah tu Allah la.. Ar-rab tu Allah jugak maknenya, Ad-din tu agama..Al-‘ibadah tu beribadatla..” mesti ramai dikalangan kite yang memahami dengan pemahaman seperti ini…ana juga pernah memahami kalimah ini seperti ini sehinggalah Allah memberi peluang kepada ana untuk mengubah pandangan ana itu…alhamdulillah… jika ingin dihabiskan penulisan tentang 4 kalimah ini memang tidak cukup sekali menulis sahaja…insyaAllah ana akan cuba untuk mengupas maksud kalimah ini dalam post yang lain… moga2 kita akan dapat mengambil manfaat dari ilmu ini..wallahu a’lam

Yakin kepada ALLAH…

Satu kisah yang menarik direkodkan oleh al-Bukhari dalam kitab sahihnya. Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w. bahawasanya baginda menceritakan kisah seorang lelaki dari kalangan bani Israel yang meminta dari seorang kenalannya juga dari bangsa bani Israel agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar. Lantas si pemberi hutang berkata : ”Bawakan kepadaku saksi-saksi agar mereka menjadi saksi hutang ini. Lelaki penghutang menjawab : ”Cukuplah bagiku Allah sebagai saksi”. Kemudian si pemberi hutang berkata lagi : ”Bawakan kepadaku penjamin”. Jawab si penghutang lagi : ”Cukuplah bagiku Allah sebagai penjamin”. Lelaki si pemberi hutang terus menjawab : ”Engkau benar” sambil menyerahkan kepadanya hutang tersebut sehingga suatu tempoh yang telah ditetapkan.

Selepas itu, lelaki si penghutang tadi pun keluar menuju ke laut dan menunaikan hajatnya. Kemudian, selepas sampai tempoh waktu hutang perlu dibayar sebagaimana dijanjikan, dia cuba mendapatkan kapal untuk menyeberangi laut ke tempat si pemberi hutang namun tiada kapal pada ketika itu. Lantaran itu, dia mengambil sebatang kayu lalu menebuk lubang pada kayu itu. Dia pun memasukkan duit 1000 dinar ke dalam kayu tersebut serta dilampirkan sepucuk surat. Selepas lubang tadi disumbat dan ditutup semula, dia pun pergi ke tepi pantai dan berkata : ”Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya engkau mengetahui bahawasanya aku berhutang dengan si folan sebanyak 1000 dinar, lalu dia meminta aku datangkan penjamin, tetapi aku menjawab cukuplah Allah sebagai penjaminku. Dia reda Engkau menjadi penjaminku. Dia juga meminta aku datangkan saksi, lalu aku berkata cukuplah Allah sebagai saksiku. Dia reda Engkau menjadi saksiku. Hari ini aku bersungguh-sungguh mencari kapal untuk aku membayar hutangku, tetapi aku tidak mampu dan tidak menjumpainya. Jadi aku meletakkannya dalam kayu dan menghayutkannya ke dalam laut sehingga tenggelam ke dalamnya”.

Kemudian dia pun beredar dari situ dan masih meneruskan pencarian kapal yang boleh membawanya menyeberangi laut tersebut. Dalam masa yang sama, lelaki si pemberi hutang pun sedangkan menunggu-nuggu lelaki penghutang di tepi pantai. Dia melihat-lihat, takut-takut ada kapal yang akan berlabuh dan membawa duit hutangnya dahulu. Tiba-tiba tiada kapal muncul tetapi dia terjumpa sebatang kayu yang dipukul ombak sehingga ke tepin pantai. Lantas dia mengambil kayu tersebut dan membawanya pulang untuk dijadikan kayu api. Tatkala membelah kayu itu, alangkah terkejutnya kerana ia mendapati ada duit dan sepucuk surat yang dihantar untuknya.

Tidak lama selepas itu, tiba lelaki si penghutang kepadanya dengan membawa 1000 dinar lagi dan berkata ”Demi Allah, aku telah cuba sedaya upaya mendapatkan kapal untuk datang berjumpamu, tetapi aku tidak menjumpai sebuah kapal pun sebelum ini. Lelaki si pemberi hutang bertanya : ”Apakah engkau mengutuskan kepada aku dengan sesuatu benda?”. Dia menjawab : ”Aku beritahu dah kepadamu aku tidak menjumpai sebuah kapal pun sebelum ini”. Lalu lelaki si pemberi hutang berkata : ”Sesungguhnya Allah Taala telah melunaskan hutangmu dengan menyampaikan kayu yang engkau utuskan”. Lelaki si penghutang pun pulang ke rumahnya dengan gembira sambil membawa 1000 dinar.

Moral kisah :
1. Hendaklah yakin kepada Allah dalam apa jua keadaan
2. Hendaklah menjaga soal hutang piutang dengan baik
3. Bantulah saudara anda dalam kesusahan
4. Menepati janji dan amanah

Suka-suki aidilfitri…

Dikala tibanya perayaan  hari raya idulfitri pasti ramai yang pulang ke kampung halaman, bertemu sanak saudara dan kaum keluarga. Di samping itu, mereka turut melakukan amalan kunjung mengunjung, ziarah menziarahi antara satu sama lain. Sedar atau pun tidak, kaum keluarga yang sudah lama tidak bersua muka dapat bertemu pada hari raya. Dari satu sudut ia akan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim. Namun masih ramai masyarakat yang tidak mengetahui beberapa hukum penting berkenaan pantang larang Islam. Walaupun kita digalakkan merapakan hubungan antara kaum kerabat terdekat, hubungan tersebut ada batasannya. Salah satunya ialah hukum bersalaman antara wanita dan lelaki ajnabi. Ramai kalangan masyarakat tidak menyedari perbuatan bersalam-salam antara sepupu lelaki dan wanita atau antara seorang wanita dengan bapa saudara suaminya atau sebaliknya adalah termasuk dalam hukum bersalaman wanita dengan lelaki ajnabi.

Sebenarnya, seorang lelaki itu boleh bersalaman dengan wanita mahramnya berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. pernah mencium Fatimah. (HR Abu Dawud dan al-Tirmizi). Selain daripada wanita mahram, bukan mahram atau diistilahkan sebagai wanita ajnabiyyah atau ajnabi. Wanita ajnabi ialah mereka yang halal dikahwini yang bukan mahram atau bukan isterinya. (al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami 7/598). Akhir-akhir ini, umat Islam sering mempertikaikan hukum Allah Taala, baik hukum yang kecil sehingga hukum yang besar termasuk hukum bersalaman sendiri. Berdasarkan pengamatan ulama, mereka bersepakat bahawa seorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita ajnabi. Seorang tokoh mazhab Shafie yang disegani, Imam al-Nawawi menegaskan : ‘Sesungguhnya halal melihat kepada wanita ajnabi jika ia ingin menikahinya, atau ketika urusan jual beli, atau ketika mengambil sesuatu barang atau memberi kepadanya dan seumpamanya dan tidak harus menyentuhnya dalam sesuatu situasi berkenaan’. (al-Azkar, 228).

Ummul Mukminin Aisyah r.a pernah bersumpah menafikan Rasulullah s.a.w. pernah menyentuh tangan wanita dalam bai’ah peristiwa hijrah : ‘Demi Allah, tangan baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita pun, baginda hanya berbai’ah dengan ucapan’. (Fath al-Bari 11/345-346 dan Sharh Sahih Muslim 13/10). Hadis ini menjelaskan bahawa bai’ah wanita hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa bersalaman. (Sharh Sahih Muslim 13/10). Ini disokong oleh satu riwayat lain di mana Umaimah binti Raqiqah r.ah pernah berkata : ‘Aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbai’ah dengannya. Kami berkata : “Kami berbai’ah denganmu wahai Rasulullah bahawa kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, kami tidak mencuri, tida berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka serta kami tidak akan mengingkari perintahmu pada kebenaran”. Lantas Rasulullah s.aw. bersabda : “Pada perkara yang kamu mampu dan berdaya”. Umaimah menceritakan lagi : “Kami berkata bahawa Allah dan RasulNya lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbai’ah denganmu wahai Rasulullah”. Lalu Nabi s.a.w menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita”. (HR al-Tirmizi 4/151-152, al-Nasa’i 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut : ‘Hadis ini hadis hasan sahih).

Hadis ini adalah nas yang jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita ketika berbai’ah. Jika Nabi seorang yang maksum tidak bersalaman ketika bai’ah, maka lebih aula hukumnya dalam situasi selain bai’ah. Apabila Rasulullah s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita, sudah tentu kita juga wajib mengikut sunnah baginda kerana baginda s.a.w. adalah qudwah dan ikutan kita semua. Dengan dalil-dalil yang sudah jelas dan terang ini, maka tertolaklah segala dakwaan dan hasutan yang cuba menghalalkan perbuatan bersalaman antara lelaki dan wanita. Sesetengah orang berhujahkan keharusan bersalaman dengan wanita melalui hadis Ummu Atiyyah yang diriwayakan oleh al-Bukhari. (Fath al-Bari 10/262). Di sini, saya tidak mahu memanjangkan syubhah-syubhah yang dikaitkan dengan riwayat tersebut. Cukup saya nukilkan penjelasan al-Albani rahimahullah, pakar hadis terkenal : ‘Dan kesimpulannya ialah tidak sahih daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersalaman dengan wanita walaupun ketika peristiwa bai’ah, lebih-lebih lagi dalam situasi ketika bertemu. Segilintir orang yang berhujah keharusannya dengan hadis Ummu Atiyyah yang saya sebutkan tadi sedangkan lafaz bersalaman tidak pernah disebut dalam riwayat tadi dan mereka berpaling daripada hadis-hadis yang jelas menafikan Nabi s.a.w. bersalaman adalah merupakan satu perkara yang tidak keluar dari seorang mukmin yang ikhlas’. (Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 2/55).

Oleh itu, bagi kita umat Islam, tiada yang lebih baik dan lebih utama kecuali mengikuti sunnah dan petunjuk Nabi s.a.w. Dalam era moden sekarang, tidak perlu kita mendakwa untuk meniti arus kemodenan maka kita mesti mengikuti semua budaya barat dan cara mereka. Bahkan sebenarnya, yang menjadi keutamaan kita ialah memperkukuhkan diri kita dengan nilai-nilai murni Islam dalam era modenisasi sekarang. Ini supaya kita tidak mudah terjerumus dan tergelincir dihanyutkan oleh kesesatan dunia hari ini. Mudah-mudahan semua umat Islam mendapat hidayah Allah s.w.t. Amin.