Posts from the ‘Fiqh Umum’ Category

Feqh dan Pembahagiannya

Pada zaman kita ini, ramai antara kita yang selalu sahaja menyebut tentang feqh..tetapi ramai manakah diantara penyebut-penyebut ini tahu akan makna feqh itu sendiri..atau ramai manakah yang tahu tentang pembahagian feqh itu..mungkin ada diantara kita ini mengangap perkara ini perkara remeh..dengan kata-kata ” buat apa nak tahu maksudnya, tahu hukum kan lebih penting “..memang kita tidak nafikan mengetahui hukum sesuatu amalan itu penting..tapi kita kena juga tahu hukum itu termasuk didalam bahagian mana didalam feqh barulah kita dapat memahami dengan jelas tentang sesuatu hukum.. Sebagai permulaan marilah sama-sama kita melihat makna feqh ini dari dua sudut yang berbeza iaitu dari sudut bahasa dan juga dari sudut istilah :

الفقه لغة هو العلم بالشيء والفهم له

Feqh dari segi atau dari sudut ahli lughah ini ialah adanya ilmu tentang sesuatu dan memahami ilmu tersebut dengan betul-betul faham.. Dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam inilah merupakan salah satu syarat yang mana  seseorang itu layak digelar faqeh.. dengan mafhum mukhalafahnya seseorang yang tidak ada ilmu atau tidak memahami ilmu secara mendalam dipanggil jahil.. perkara ini dapat dilihat dalam kebanyakan masyarakat islam kita sekarang khususnya di Malaysia..orang yang jahil dianggap faqeh dan orang yang faqeh dianggapnya jahil.. Beralih pula kita kepada pemahaman maksud feqh ini dari sudut istilah :

معرفة الأحكام الشرعية المتعلقة بأعمال المكلفين وأقوالهم المكتسبة من أدلتها التفصيلية

Ini ialah takrif yang digunakan di dalam kitab ” Feqh Manhaji ” aliran mazhab Imam As-Syafi’ rahimahullahua’laihi yang mengatakan bahawa feqh dari segi istilah ini ialah mengenali atau mengetahui hukum-hukum syariah yang berkaitan dengan amalan dan perkataan mukallaf ( muslim yang akil baligh ) yang diperolehi atau diambil dari dalil-dalil yang terperinci ( Al-Quran, Sunnah..etc ).. jadi di sini dapatlah kita melihat bahawa feqh ini ialah satu kefahaman tentang hukum-hukum di dalam islam bukannya hukum yang berkaitan dengan akidah dan sebagainya..Di dalam kitab ” madkhal ila feqhul am ” ada menyebut atau ada meringkaskan tentang feqh ini iaitu :

مجموعة الأحكام العملية المشروعة في الإسلام

Satu gagasan ilmu yang mengumpulkan segala hukum-hakam yang berkaitan dengan amalan seseorang hamba atau mukallaf yang telah ditetapkan oleh Al-Haakim ( Allah ) dalam agama islam ini..dengan maksud lain satu himpunan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah yang berkaitan dengan amlan kita sebagai hamba..hukum ini bukanlah datangnya dari manusia tetapi daripada Allah..mungkin disana ada yang menganggap ijmak atau qias itu dari manusia..tetapi tidak..ianya datang daripada Allah kerana setiap rujukan dan dalil yang digunakan didalam ijmak dan qias juga diambil dari dua sumber utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

.:: Gambar Hiasan ::.

Selesai sudah di dalam memahami maksud feqh itu sendiri..tak kenal maka tak cinta..itulah ungkapan biasa orang melayu kepada orang lain untuk menarik minat seseorang kepada sesuatu perkara.. Jika kita ibaratkan feqh itu sebagai manusia, maka sekarang kita perlu mengenali bahagian-bahagian yang terdapat pada feqh ini..

Pembahagian Feqh.

Jika ingin menyenaraikan satu demi satu masalah feqh mungkin akan mengambil masa selama beberapa hari..itupun jika tahu kesemuanya..jadi para ulamak kita telah memudahkan kita sebagai penuntut ilmu dengan meletakkan pembahagian di dalam permasalahan feqh ini..secara keseluruhannya bahagian feqh ini terbahagi kepada 7 bahagian…iaitu :

1) Ibadat – segala permasalahan yang berkaitan dengan pengabdian hamba kepada Allah..seperti solat, puasa, zakat, etc…..

2) Ahwal Shahksiah – segala permasalahan yang berkaitan dengan kekeluargaan..seperti nikah,talak..etc….

3) Muamalat – segala permasalahan yang berkaitan dengan urusan berurusan dengan orang lain..seperti jual beli,akad ijar, etc….

4) Siasah Syar’iah – segala permasalahan yang berkaitan dengan politik islam..seperti urusan pemerintahan, hak yang berkaitan dengan rakyat,etc…

5) Uqubat – segala permasalahan yang berkaitan dengan jenayah..seperti zina,mencuri,etc….

6) Hak-hak yang berkaitan dengan Negara – segala perkara yang berkaitan dengan negara..seperti kerjasama dengan negara lain, perang,etc…

7) Adab atau Akhlak – segala perkara yang berkaitan dengan akhlak dan adab seseorang..seperti adab bersama orang tua, guru..etc….

Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa feqh ini bukanlah berkaitan dengan hukum ketika beribadat sahaja tetapi merangkumi segala aspek kehidupan manusia dari ibadat hingga kepada adab terhadap seseorang..dari sekecil-kecil perkara hingga ke perkara yang besar..dari cara kencing, makan, minum hingga ke perkara jihad, haji, zakat dan sebagainya..

 

Rujukan :

1) Feqh Manhaji – Dr. Mustafa Al-khin dan Dr. Mustafa Bugha.

2) Feqhul am – Syeikh Mustafa Ahmad Zarqa.

 

Beza Antara Feqah dan Syariah…

Dalam satu kelas pengajian islam, dua orang pelajar agama di salah satu universiti di Jordan sedang membincangkan tentang perbezaan antara syariah islamiyyah dan juga fiqhu islami..marilah sama-sama kita ikuti perbualan dua orang pelajar ini..

Yusuf : Assalamualaikum ya sohibi..kaifa haalak? Maza taf’al al-aan?  ‘indaka wakt faragh?

Yunus : Waalaikumussalam ya habibi..alhamdulillah ana bikhair..wah..wah..wah..bukan main lagi yer die..cakap arab macam orang arab dah..ade je mase kosong..kenapa? ade pape masalah ke ni?

Yusuf : Masalah tu ade jugaklah tapi mungkin lebih kepada pandangan atau perkongsian ilmu dari anta kot..anta kan dah lame kat sini ana ni baru tahun pertama..ade doktor syariah tu die ade bertanye pasal syariah dengan feqah..samada sama ke tidak? Sama je kan?

Yunus : Eh..tak samela..ade perbezaan die..Syariah Islamiyyah tu ialah apa yang terkandung dalam nusus atau ayat Al-Quran yang telah diwahyukan kepada junjungan mulia nabi Muhammad ( s.a.w.) dan juga apa yang terkandung dalam hadis-hadis baginda ( s.a.w.) baik dari segi perbuatan atau perkataan yang mana sebahagian hadis baginda menjelaskan apa-apa yangditerangkan secara umum didalam Al-Quran.. dan sebagaimana yang kita tahu setiap pelakuan dan percakapan nabi kita itu diwahyukan oleh Allah.. Firman Allah dalam surah an-najm yang bermaksud.. ( dan tidaklah die ( Muhammad ) bercakap menurut nafsunya, bahkan ianya telah diwahyukan oleh Allah ).. dan pada surah al-hasyr yang bermaksud ( setiap apa yang disuruh oleh rasul ( Muhammad ) maka ambiklah, dan apa-apa yang dilarang olehnya maka jauhilah )..

Yusuf : Oww…hebat benor yer Ust.Yunus kite..dah boleh bagi ceramah ni..hihihi.. Baru ana faham maksudnye.. Ana ingatkan syariah tu macam hukum puasa..hukum solat dan macam-macam hukum lagila..

Yunus : Bukan-bukan..itu lah dinamakan feqah islami..

Yusuf : Owww…maknenya feqah ni ialah apa yang difahami oleh para alim ulama daripada nas-nas Al-Quran dan Hadisla?

Yunus : Haah..betul tu.. feqah ni ialah kefahaman alim ulama dalam memahami nas-nas syariah tadi..dan daripada nas-nas tadilah hukum-hukum agama kita dikeluarkan..sebab itu apabila kite lihat pada masalah feqah..terdapat anyak kata-kata ulama.. dan daripada perbezaan pandangan inilah adenya mazhab pada zaman kita ini..

Yusuf : Owww… macam tu rupenya.. maknenya disini.. Syariah Islamiyyah itu satu tetapi feqah itu ada bermacam-macam pendapat?

Yunus : Betul tu..Syariah Islamiyyah itu tidak akan berubah kerana ianya maksum..yakni dijaga oleh Allah kerana Allah yang menetapkan syariah islamiyyah ini.. tetapi feqah itu banyak kerana perbezaan kefahaman oleh alim ulama kita.. dan kita kena ingat..bahawa setiap pendapat dan pandangan alim ulama itu dikeluarkan berdasarkan kefahaman mereka yang mendalam tentang sesuatu masalah tersebut dan mereka menggunakan kaedah-kaedah yang betul dalam mengeluarkan hukum dari nas-nas tersebut.. dan perkara terakhir kita juga kena tahu bahawa manusia itu tidak maksum jadi ade kalanya ijtihad mereka itu tersilap.. jadi kita sebagai pelajar ni perlulah mempelajari kaedah istinbat hukum dari nas-nas syariah ini bagi mengelakkan kita dari memegang pegangan yang salah…

Yusuf : Betul..betul..betul..satu lagi Ust.Yunus..Feqh islami ni terbahagi kepada dua bahagian kan?

Yunus : Haah..satu bahagian iaitu hukum-hukum yang dibuat berdasarkan dalil yang thabit atau dalam istilah arabnye dalil qat’i..dan satu bahagian lagi dalil yang dibuat bukan berdasarkan dalil qat’i tetapi ijtihad ulama sendiri… Pada bahagian kedua inilah jelas nya perbezaan antara pendapat para alim ulama..  Atau kita dapat singkatkan bahagian pertama dinamakan sumber utama ( masodir asliah ) iaitu Al-Quran, hadis, ijmak dan qias.. dan bahagian kedua dinamakan sebagai sumber kedua ( masodir tabi’iah ) iaitu kata-kata sahabat, saddu zara’ik, istihsan, uruf dan adat, istishab, maslahah mursalah dan kata-kata ahli madinah..

Yusuf : Wah..hebat benor ust yunus ni..bangga ana dapat senior macam ust ni.. terjawab dah semua soalan yang bermain dalam kepala ana ni.. terima kasihla ust.. kalu ust ade mase jemputlah datang rumah.. ana ade buat makan-makan sikit.. ana balik dulula yer ust.. Assalamualaikum..

Yunus : InsyaAllah ana datang..syukran alaik..Waalikumussalam..

* Kaifa haalak – apa khabar?

* Maza taf’al al-aan – Tengah buat ape sekarang?

* ‘ indaka wakt faragh – ade mase kosng tak?

* ana bikhair – saya khabar baik..