Usul feqh ini merupakan satu gagasan ilmu yang penting bagi mereka-mereka yang mempelajari ilmu feqh..ini kerana usul feqh ini merupakan dasar kepada ilmu feqh yang ada sekarang ini..ilmu ini juga penting bagi kita meningkatkan lagi keyakinan kepada sesuatu hukum yang di pegang..sebagai contoh..kita berpegang bahawa solat itu wajib..tetapi kita tidak mengetahui dimanakah dalil-dalil yang mengatakan bahawa solat itu wajib..jika sekiranya disana ada seseorang yang cuba mengatakan bahawa solat itu tidak wajib..ada kemungkinan pegangan kita akan menjadi goyah lantaran tidak mengetahui usul kepada wajibnya solat itu.

Sebelum kita memasuki dan mendalami tentang ilmu usul feqh ini..marilah kita mengenali dahulu tentang makna usul feqh itu sendiri..seperti kata pepatah melayu ” tak kenal, maka tak cinta “..jadi bagi kita mencintai sesuatu ilmu itu..perlulah kita tahu akan maksud disebalik ilmu itu sendiri terlebih dahulu.. Usul feqh ini terbina daripada dua perkataan iaitu USUL dan FEQH..jadi tidak dapat tidak kita perlu mengetahui maksud setiap perkataan ini daripada segi bahasa dan juga istilah yang telah dikeluarkan oleh para ulamak kita..Usul bermaksud asal kepada sesuatu atau juga ditakrifkan sebagai “apa yang terbina daripadanya perkara yang lain”.. Contohnya..asal kepada pembinaan rumah adalah tiang..jadi tiang itulah menjadi asal kepada rumah yang akan dibina..dengan maksud lain..jika tiadanya tiang maka rumah tersebut mungkin tidak dapat dibina.

Ini adalah dari segi bahasa..jika dilihat dari sudut kefahaman ulama dan juga penggunaan perkatan usul ini, ia dapat di takrifkan kepada beberapa makna..Pertama ” Dalil “.. sebagai contoh..seseorang berkata ” asal kepada permasalahan ini adalah ijmak ” apa yang dimaksudkan dengan perkataan usul disini adalah ” dalil “..iaitu katanya ” dalil kepada masalah ini adalah ijmak “.. Kedua ” rajih atau benar ” sebagai contoh.. “asal kepada percakapan adalah yang mempunyai hakikat ” apa yang dimaksudkan dengan perkataan asal disini ialah ” percakapan yang benar dan tepat adalah yang mempunyai hakikat dan fakta “..Ketiga ” kaedah “.. seperti biasa saya akan datangkan contoh..dalam ilmu nahu atau tatabahasa arab ada meletakkan kaedah iaitu  ” asal kepada faa’il ( pelaku ) adalah adalah marfuu’ ” apa yang dimaksudkan dengan asal disini ialah ” kaedah umum bagi faa’il hukumnya adalah marfuu’ “.

Seterusnya beralih kepada maksud ” feqh “.. Feqh dari segi bahasanya bermaksud mempunyai ilmu tentang sesuatu dan memahaminya.. Tetapi penggunaan ” feqh ” dalam Al-Quran tidak bermaksud tentang ilmu secara mutlak..tetapi lebih kepada kedalaman kefahaman, kemampuan yang teliti dan mengetahui apa yang dimahukan oleh sesiapa yang berkata.. Dari segi istilah pula ” Feqh ” bermaksud ” ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah yang berupa amalan yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci “..  Insyaallah perincian tentang ” feqh ” ini akan dibahaskan lagi didalam kategori ” Feqh Umum ” insyaallah..

Selesai meneliti makna setiap perkataan iaitu USUL dan FEQH..jadi marilah sama-sama kita meneliti pula maksud USUL FEQH pula.. Usul feqh merupakan satu gagasan ilmu yang membincangkan tentang kaedah-kaedah dan cara mengistinbat hukum-hakam daripada dalil-dalil syariah ( Al-Quran dan Sunnah ).. Kaedah yang telah diletakkan ini adalah kaedah kulliyah yang mana dibawahnya wujudnya juzuk-juzuk yang lain yang mana juzuk-juzuk ini akan mengikuti kaedah kulliyah ini.. Sebagai contoh.. satu kaedah usuliyyah iaitu ” al-amru yufiidu al-wujub ” yang bermaksud sighah amar itu menunjukkan kepada perkara yang wajib..Jadi setiap dalil yang terdapat padanya sighah amar ini ( berbentuk suruhan ) menunujukkan perkara tersebut adalah wajib..

Daripada kaedah-kaedah yang telah diletakkan inilah para ulama dan mujtahid dapat berijtihad tentang sesuatu hukum yang berkaitan dengan perbuatan kita..jadi disini dapatlah kita lihat bahawa ilmu usul feqh ini merupakan ilmu yang teramat penting bagi mereka-mereka yang mempelajari ilmu feqh..kerana bagi mendapatkan keyakinan yang tinggi dalam pegangan kita..seharusnyalah kita mengetahui akan asal kepada sesuatu pegangan tersebut… Setakat ini sahaja dahulu tentang pengenalan kepada ilmu Usul Feqh ini..Insyaallah kita akan menyambung lagi pada entri akan datang mengenai sejarah penulisan ilmu usul ini..