Berlanjutan dari dua post sebelum ini mengenai kebahagiaan anak adam maka akan berakhirlah satu koleksi tentang 3 kebahagiaan anak adam setelah selesainya post ini. Jadi bagi mereka2 yang tertunggu2 tentang sambungan dua post sebelum ini bolehlah melengkapkan penantian dengan membaca post yang terakhir ini iaitu mengenai kenderaan yang baik. Mengapa di katakan kenderaan yang baik itu juga merupakan satu kebahagiaan kepada anak adam? Apa yang dimaksudkan dengan kenderaan yang baik? Dari aspek manakah yang di nilai untuk mendefinisikan kenderaan itu adalah satu kenderaan yang baik? Dapatkah kenderaan yang baik itu melancarkan perjalanan dakwah? Marilah sama2 kita mencari jawapan tersebut dalam post kali ini. Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi ke dalam tajuk ini marilah sama2 kita fahami dahulu apa yang dimaksudkan dengan kenderaan yang baik itu sendiri.

Saya tidak mahu untuk mendefinasikan mengikut kamus dewan atau apa2 kamus yang ada di muka bumi ini tapi hanya sekadar mendefinasikan secara rawak makna yang dikehendaki dari maksud frasa ini. Apa yang di maksudkan dengan frasa ini adalah seseorang itu memiliki satu kenderaan yang mampu memberi segala kemudahan dan keselesaan kepada penggunanya. Dengan makna yang lain adalah bukan kenderaan yang mewah serta elegan tetapi satu kenderaan yang dalam kondisi yang baik dari semua aspek baik kebersihan, kelancaran sistem, keelokan enjin dan sebagainya. Salah ke kalu memiliki kenderaan yang mewah? Tidak salah sama sekali asalkan berada dalam linkungan kemampuan seseorang itu sendiri. Jangan pula memiliki kereta yang mewah dan elegan tetapi hutang keliling pinggang dan hidup tak tenang disebabkan hutang itu sendiri. Sekarang kita telah memahami apa yang dikehendaki dengan kenderaan yang baik itu. Berbalik kepada persoalan kedua. Mengenai mampukah kelancaran dakwah dipertingkatkan dengan adanya kenderaan yang baik ini?

Siapa yang dapat menafikan bahawa kelancaran dakwah bergantung juga pada kenderaan yang di miliki oleh seorang da’i? Di sini suka saya untuk membawa satu cerita mengenai salah seorang murabbi saya di malaysia. Ust mi ( bukan nama sebenar ) dia merupakan seorang yang aktif dalam berdakwah. Namun dia bukanlah seorang yang berpndapatan tinggi dalam pekerjaannya. Dia hanya mempunyai satu kenderaan kecil sahaja untuk dijadikan penggerak kepadanya ke mana2 sahaja yang dimahuinya untuk menyampaikan kuliah dan dakwah. Selalunya dia akan tiba lewat ditempat kuliahnya kerana dia terpaksa berkongsi kereta dengan isterinya. Ditakdirkan Allah mungkin kerana keikhlasannya, dia telah dihadiahkan sebuah kereta proton waja oleh seorang dermawan dari kampung tempat dia menyampaikan kuliahnya. Semenjak hari tersebut, dia dapat menjalankan tugasnya dengan lancar sekali. Sekarang ini dia telah menjadi seorang pendakwah dan pemberi motivasi dan juga penulis buku yang terkenal di malaysia. Lihatlah bagaimana dengan kenderaan yang baik seorang pendakwah itu dapat menjalankan kegiatan dakwahnya dengan begitu sempurna sekali. Jadi benarlah sabda rasullullah yang bermaksud ” kebahagiaan anak adam itu ada tiga isteri yang solehah, rumah yang lapang dan juga kenderaan yang baik “.