Di sana terdapat beberapa pembahagian dalam syirik. Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi dalam pembahagian syirik ini marilah sama2 kita memahami apa makna syirik itu sendiri.. adakah syirik tu sejenis biskut yang sedap dimakan apabila di cicah dengan air kopi atau sejenis kuih yang lazat dimakan tanpa ada sebarang pencicah atau makanan tambahan? Syirik bolehla kita fahami denagan erti kata mudah iaitu menyamakan antara Allah sebagai pencipta dengan makhluk Allah iaitu yang dicipta samada menyamakan pada doa atau pada meminta rezeki atau yakin bahawa benda tersebut mampu membawa kemudharatan atau manfaat dan sebagainya.. ( dalam erti kata lain syirik ialah kita meletakkan Allah dan makhluk pada darjat yang sama ).

Pembahagian syirik

syirik ini terbahagi kepada dua peringkat atau dua bahagian yang utama iaitu syirik besar dan syirik kecil.. Adapun syirik yang besar ini adalah syirik yang mana pelakunya keluar dari agama islam itu sendiri.. manakala syirik kecil ini pula adalah segala syirik yang membawa kepada syirik besar tetapi tidak sampai kepada peringkat syirik besar tersebut.. Di sana terdapat perbezaan antara syirik besar dan kecil.. saya akan simpulkan tiga perbezaan antara kedua2 syirik ini..

Perbezaan syirik besar dan kecil

1) syirik besar

  • pelakunya keluar dari agama islam
  • tidak diampunkan dosa syiriknya
  • terbatal segala amalan yang dilakukannya

2) syirik kecil

  • pelakunya tidak keluar pada agama islam
  • diampunkan atau diazabkan atas dosanya ( di atas kehendak Allah )
  • tidak terbatal segala amalan tetapi hanya amalan yang berkaitan dengan syirik tersebut sahaja akan terbatal dan sia2

Setelah kita mengetahui perbezaan antara kedua2 syirik ini marilah sama2 kita mendalami setiap peringkat syirik ini dengan lebih mendalam supaya dalam kehidupan seharian kita, kita tidak akan termasuk dalam golongan mereka yang melakukan syirik ini baik syirik besar mahupun kecil..

Syirik Besar (الشرك الأكبر )

Termasuk di dalam kategori syirik ini ialah mereka2 yang menjadikan bersama Allah itu sesuatu yang lain dalam mengharapkan bantuan atau berdoa atau dalam mencintaiNya atau takut kepadanya atau bernazar dan dalam melakukan ibadah korban. Sebahagian ulama’ telah membahagikan kategori syirik ini kepada dua bahagian..

1) Syirik yang berkaitan dengan zat Allah, nama2Nya yang mulia dan segala sifat kesempurnaanNya seperti seseorang itu mengaku dan beri’tikad bahawa disana terdapat tuhan yang lain selain daripada Allah. Misalnya kaum yahudi dan nasrani yang mengatakan bahawa uzair dan isa itu adalah Allah dan anak Allah..

لقد كفر الذين قالوا إن الله هو المسيح عيسى ابن مريم

( telah kufur mereka yang mengatakan bahawa Allah itu adalah isa anak kepada maryam )

2) Syirik yang berkaitan dengan ibadat selain kepada Allah.. iaitu menunaikan ibadat dan mengikut syariat selain daripada syariat yang telah diturunkan oleh Allah. Dalam kategori ini saya akan memberi beberapa contoh yang mungkin banyak berlaku sekarang.

  • Syirik dalam melakukan ketaatan..seperti mana kita tahu bahawa orang yahudi dan nasrani telah menjadikan ketaatan mereka kepada pendeta2 dan rahib2 mereka dalam banyak aspek terutamanya dalam menghalalkan benda yang haram dan mengharamkan benda yang halal seperti halalnya khinzir dan arak serta sebagainya.. Kita juga telah mengetahui bahawa tidak ada yang lebih layak daripada Allah dalam mengharamkan dan menghalalkan sesuatu kerana itu adalah HAK Allah semata2.. Firman Allah :

اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله

( maka mereka ( yahudi dan nasrani ) telah mengambil pendeta2 mereka serta rahib2 mereka sebagai tuhan selain daripada Allah )

  • Syirik pada mencintai Allah iaitu manusia telah menjadikan sesuatu makhluk yang lain lebih dicintainya daripada Allah. Dalam erti kata lain telah menyamakan cinta kepada Allah dan cinta kepada makhluk serta menyamakan dalam mengagungkan apa yang mereka cintai itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa cinta itu adalah fitrah dan tabiat manusia. tetapi apa yang dimaksudkan disini ialah iaitu melakukan apa yang disuruh oleh seseorang yang dicintai itu selain Allah dalam perkara2 yang hanya layak diperintahkan oleh Allah. Misalnya seorang itu mencintai seseorang dan dia melakukan perkara yang telah dilarang oleh Allah kerana mengikut suruhan orang yang dicintai itu.

ومن الناس من يتخذ من دون الله أندادا يحبونهم كحب الله

( dan ada juga di kalangan manusia yang mana mereka mengambil selain daripada Allah untuk dijadikan sekutu2 mereka, mereka mencintai dan mentaati mereka seperti mereka mencintai Allah )

  • Syirik dalam memohon doa dan memohon hajat samada doa ketika beribadat atau ketika ada masalah.. Berdoa hanyalah kepada Allah dan tidak kepada selainNya. Zaman sekarang ini ramai diantara manusia yang memohon sesuatu daripada para wali yang telah meninggal dengan menziarahi kubur2 mereka dan memohon hajat atau meminta sesuatu. Perkara ini sangatla bertentangan dengan agama kita yang mana di dalam agama kita kita hanyalah boleh meminta sesuatu hajat kepada Allah. Firman Allah :

أفأمنتم أن يخسف بكم جانب البر أو يرسل عليكم حاصبا ثم لا تجدوا لكم وكيلا

( adakah kamu ( setelah diselamatkan ke darat ) berasa aman dan tidak memikirkan bahawa Allah akan menggempakan sebahagian  dari daratan itu dan menimbuskan kamu atau dia akan menghantar kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu kemudian kamu tidak mendapati seorang pun dapat menjadi pelindung kamu )

  • Syirik pada bernazar dan juga melakukan ibadah korban..iaitu melakukan nazar atau korban kepada kubur2 wali atau sebagainya jika sesuatu hajat telah ditunaikan.

Syirik kecil (الشرك الأصغر)

Termasuk dalam syirik ini ialah seperti riak, bersumpah selain dari Allah, menyamakan kehendak dan perbuatan Allah dan manusia dan sebagainya yang mana tidak mencapai syirik besar yang menyebabkan pelakunya keluar dari agama.

  • Riak
  • Bersumpah selain dari Allah
  • Menyamakan kehendak dan perbuatan Allah dengan makhluk