Tahukah kite islam itu pada asalnya adalah satu agama tauhid kepada Allah semata2 dan semua manusia yang hidup adalah dilahirkan atas dasar fitrah yang suci bersih dan kesemuanya beriman dan bersaksi bahawa Allah adalah tuhan mereka semua. Firman Allah :

وإذ أخذ ربّك من بني آدم من ظهورهم ذرّيتهم وأشهدهم على انفسهم ألست بربّكم قالوا بلى شهدنا أن تقولو يوم القيامة إنّا كنّا عن هذا غافلين

(( Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. ))

Lihatla betapa tingginya ilmu Allah.. Dia telah memutuskan hujah mereka2 yang akan berkata pada hari akhirat kelak bahawa sesungguhnya mereka tidak pernah diberitahu tentang hakikat tauhid dengan firmanNya yang sangat menusuk kalbu di atas.. Manusia sendiri telah bersaksi dihadapan Allah ketika mana mereka ditanya dan perkara ini telah dijadiakn hujah keatas mereka2 yang kufur ketika hari pembalasan berlangsung kelak..

Manusia juga sebagaimana yang telah di khabarkan sebelum ini dilahirkan diatas fitrah yang suci bersih..kalau bak kata orang kampung kite ni dilahirkan ibarat kain putih..bersih dari segala kotoran..begitulah juga kita dilahirkan di dunia ini tanpa ada dosa sedikit pun..suci dari syirik dan dosa2 baik dosa kecik dan lebih lagi dosa besar.. Firman Allah :

فأقم وجهك للدين حنيفا فطرت الله التي فطر الناس عليها لا تبديل لخلق الله ذلك الدين القيّم ولكن أكثر الناس لا يعلمون

{ (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.}

Dalam menyatakan manusia ini dilahirkan dalam keadaan fitrah yang suci bersih juga Baginda Rasulullah telah menjelaskan dalam hadis baginda :

ما من مولود إلا يولد على الفطرة فأبواه يهودانه و ينصرانه و يمجسانه

( tidak dilahirkan seseorang itu melainkan dilahirkan dalam fitrah ( suci bersih ) maka ke atas kedua2 ibu bapanyalah akan mencorakkan mereka..samada menjadi yahudi atau nasrani atau majusi )

TaMaN iMaN dI dAlAm HaTi..InDaHnYa!!!

Bilakah syirik itu bermula dalam sejarah manusia? Syirik itu bermula dalam sejarah manusia antara zaman nabi adam dan nabi nuh.. Di antara kedua2 nabi tersebut terdapat 5 insan soleh yang sangat kuat ibadat dan takwa mereka kepada Allah.. Tapi bagaimana boleh berlaku syirik jika mereka kuat beriman dan beribadat kepada Allah? Bukan mereka yang melakukan kesyirikan tersebut kepada Allah tetapi kaum mereka yang hidup selepas mereka.. Untuk kite mendalami kisah mereka eloklah kite tahu siapakah name2 mereka.. Firman Allah :

وقالولاتذرن ءالهتكم ولا تذرن ودّا ولا سواعا ولا يغوث ويعوق ونسرا

Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd dan Suwaa’ dan Yaghuth dan Ya’uuq, serta Nasr.

Inilah nama kelima2 orang yang soleh ketika itu..kelima2 para solihin ini sangat2 disayangi oleh kaum yang hidup satu zaman dengan mereka..Tetapi Allah sayangkan kelima2 para solihin ini dan telah memanggil mereka pulang ke rahmatullah.. maka kaum mereka berasa teramat sedih dengan kematian mereka.. Dari situlah bermulanya pergerakan iblis laknatullah.. Iblis lalu menyerupai salah seorang daripada kaum tersebut dan berkata ” kalaulah kamu membuat patung2 bagi mengingati mereka nescaya akan bertambah kekuatan kamu untuk beribadat kepada Allah “.. maka kaum tersebut menerima bisikan iblis ini dan membuat patung2 sebagai tanda ingatan mereka kepada orang soleh tersebut.. Maka selepas berlalunya kaum yang membuat patung sebagai ingatan sahaja hidupla kaum selepas mereka.. Maka sekali lagi iblis datang dan berkata ” inilah apa yang disembah oleh datuk nenek moyang kamu dahulu”.. maka dengan kejahilan mereka mereka mengikut telunjuk iblis laknatullah.. dan bermula syirik dalam sejarah manusia..

Disini kita dapat melihat bagaimana halus dan licik iblis mendatangkan bisikan kepada sesuatu kaum atau manusia.. hanya dengan kata2 dan lisan sahaja iblis telah dapat menjerumuskan kebanyakan manusia dalam lembah kesyirikan.. Dan disana juga kita dapat lihat betapa pentingnya ilmu dan betapa buruknya kejahilan terhadap sesuatu.. kaum ini telah disesatkan oleh iblis kerana kejahilan mereka terhadap kaum yang sebelum mereka.. Oleh itu kita sebagai orang islam haruslah mempertingkatkan daya dan usaha dalam mencari ilmu pengetahuan supaya kita jauh dari kejahilan dan kesyirikan..