Pada hari terahkir saya di sini,saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu  siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya  bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping  saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan  respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih  dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang  boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok  semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah  lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan  rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak  pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu  daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan  menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan  lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.  Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah  yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan  kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,  ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi sangat…

nak tahu apa kesudahannya…tetapkan diri anda membaca blog ini…