Sesungguhnya wajib ke atas setiap muslim, lelaki dan perempuan memahami tiga perkara ini dan beramal dengannya.

Pertama: Allah telah mencipta dan memberi rezeki kepada kita semua serta tidak membiarkan kita tanpa petunjuk. Dia telah mengutuskan RasulNya kepada kita. Sesiapa yang taat kepadaNya, akan mendapat balasan Syurga dan sesiapa yang ingkar akan mendapat balasan Neraka.

Kedua: Allah I sekali-kali tidak membenarkan untuk menyekutuiNya dengan sesuatu apapun dalam melakukan ibadat kepadaNya, walaupun dengan malaikat yang hampir (dengan Allah) atau nabi yang diutus.

Ketiga: Sesiapa yang mentaati Rasul dan mengakui akan keesaan Allah I tidak harus baginya membela dan menyokong mereka yang menentang ajaran Allah dan RasulNya, walaupun mereka merupakan kaum kerabat yang terdekat.

Sesungguhnya agama (Islam) yang lurus (Al-Hanifiyyah) iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim u yang mengajar bahawa Allah I sahaja yang berhak disembah dengan penuh ikhlas dan ketaatan. Itulah yang diperintahkan oleh Allah I kepada semua manusia dan sesungguhnya Dia mencipta mereka untuk tujuan tersebut.