Pengenalan Fiqh Ibadah

Sebagaimana yang kita ketahui dalam dalam post yang sebelum ini yang mana syariah islamiyyah di bahagikan kepada beberapa cabang yang utama dan antaranya ialah semua perkara yang berkaitan dengan ibadat yang dinamakan fiqh ibadah di dalam pengajian islam di mana-mana negara sekalipun. Tak kenal maka tak cinta itulah pepatah melayu yang boleh saya ungkapkan bagi menarik para pembaca untuk lebih mengenali dan mendalami perkara yang berkaitan dengan ibadah ini. Firman Allah :

”  و ما خلقت الجن والانس الا ليعبدون “

maksudnya : dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembahKu ( beribadat kepaduKu )

Jelas daripada ayat ini kita dapat lihat bahawa salah satu tujuan utama Allah mencipta kita di muka bumi ini adalah untuk beribadat kepadaNya dengan cara mengikuti segala perintah yang telah di suruh dan menjauhi segala laranganNya. Kenapa kita perlu beribadat kepada Allah? Itulah persoalan utama kita dalam perbahasan kali ini. Di sini saya akan gariskan beberapa aspek dan faktor penting mengapa kita perlunya kita beribadat kepada Allah ?

1) Bagi menjawab suruhan Allah kepada kita.

2) Bagi menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah.

3) Bagi membezakan kita daripada penganut agama lain.

4) Bagi mendapatkan kasih sayang dan redha Allah terhadap kita.

1_378043950l_t1

Sebagaimana yang kita ketahui bahawasanya nyawa kita ini hanyalah sebagai pinjaman daripada Allah, jadi seharusnya bagi kita untuk menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih kita kepada Allah atas kurniaan ini. Jadi melalui jalan ibadat kepada Allahlah dapat kita tunjukkan betapa kita bersyukur kepada Allah. Dan untuk memperolehi natijah ibadat yang sempurna perlulah kita tahu akan kaedah dan cara-caranya. Di situlah datangnya kepentingan fiqh ibadat ini iaitu bagi memberi panduan kepada kita tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu ibadat tersebut.

Selain itu juga, perlulah kita ingat bahawa ibadat ini berkait rapat dengan keimanan kita kepada Allah dan kita diberi ganjaran pahala dan dosa berdasarkan keimanan kita kepada Allah. Jika kita tidak beriman kepada Allah maka segala amalan kita tidak akan diberi ganjaran pahala oleh Allah walaupun seikhlas mana kita ketika melakukan ibadat tersebut. Keimanan menjadi kayu ukur yang utama dalam penentuan penerimaan atau penolakan ibadah kita kepada Allah. Oleh kerana itu Allah telah mengajar nabi kita tentang perkara yang berkaitan dengan keimanan terlebih dahulu selama 13 tahun sebelum diberinya baginda segala perkara yang berkaitan dengan ibadah dan hukum hakam dalam agama.

Bagi membuka minda para pembaca, perbincangan yang akan dibincangkan dalam ibadah ini bukan sahaja berkaitan dengan rukun dan syarat kepada sesuatu ibadah tetapi merangkumi beberapa aspek yang lain :

1) Pensyariatan sesuatu ibadah tersebut bersama dalilnya.

2) Maqasid syariah dalam ibadah tersebut.

3) Perbahasan ulama-ulama 4 mazhab dan selainnya dalam sesuatu ibadah.

4) Khilaf yang terdapat pada sesuatu ibadah tersebut.

5) Hukum seseatu ibadah tersebut bersama dalilnya.

6) Rukun dan syarat sesuatu ibadah tersebut.

Insyaallah kita kan kupaskan satu-satu perbahasan mengikut apa yang telah digariskan. Dan insyaallah kita sama-sama mengambil manfaat daripada perbahasan yang akan dibahaskan nanti insyaallah.

 

Feqh dan Pembahagiannya

Pada zaman kita ini, ramai antara kita yang selalu sahaja menyebut tentang feqh..tetapi ramai manakah diantara penyebut-penyebut ini tahu akan makna feqh itu sendiri..atau ramai manakah yang tahu tentang pembahagian feqh itu..mungkin ada diantara kita ini mengangap perkara ini perkara remeh..dengan kata-kata ” buat apa nak tahu maksudnya, tahu hukum kan lebih penting “..memang kita tidak nafikan mengetahui hukum sesuatu amalan itu penting..tapi kita kena juga tahu hukum itu termasuk didalam bahagian mana didalam feqh barulah kita dapat memahami dengan jelas tentang sesuatu hukum.. Sebagai permulaan marilah sama-sama kita melihat makna feqh ini dari dua sudut yang berbeza iaitu dari sudut bahasa dan juga dari sudut istilah :

الفقه لغة هو العلم بالشيء والفهم له

Feqh dari segi atau dari sudut ahli lughah ini ialah adanya ilmu tentang sesuatu dan memahami ilmu tersebut dengan betul-betul faham.. Dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam inilah merupakan salah satu syarat yang mana  seseorang itu layak digelar faqeh.. dengan mafhum mukhalafahnya seseorang yang tidak ada ilmu atau tidak memahami ilmu secara mendalam dipanggil jahil.. perkara ini dapat dilihat dalam kebanyakan masyarakat islam kita sekarang khususnya di Malaysia..orang yang jahil dianggap faqeh dan orang yang faqeh dianggapnya jahil.. Beralih pula kita kepada pemahaman maksud feqh ini dari sudut istilah :

معرفة الأحكام الشرعية المتعلقة بأعمال المكلفين وأقوالهم المكتسبة من أدلتها التفصيلية

Ini ialah takrif yang digunakan di dalam kitab ” Feqh Manhaji ” aliran mazhab Imam As-Syafi’ rahimahullahua’laihi yang mengatakan bahawa feqh dari segi istilah ini ialah mengenali atau mengetahui hukum-hukum syariah yang berkaitan dengan amalan dan perkataan mukallaf ( muslim yang akil baligh ) yang diperolehi atau diambil dari dalil-dalil yang terperinci ( Al-Quran, Sunnah..etc ).. jadi di sini dapatlah kita melihat bahawa feqh ini ialah satu kefahaman tentang hukum-hukum di dalam islam bukannya hukum yang berkaitan dengan akidah dan sebagainya..Di dalam kitab ” madkhal ila feqhul am ” ada menyebut atau ada meringkaskan tentang feqh ini iaitu :

مجموعة الأحكام العملية المشروعة في الإسلام

Satu gagasan ilmu yang mengumpulkan segala hukum-hakam yang berkaitan dengan amalan seseorang hamba atau mukallaf yang telah ditetapkan oleh Al-Haakim ( Allah ) dalam agama islam ini..dengan maksud lain satu himpunan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah yang berkaitan dengan amlan kita sebagai hamba..hukum ini bukanlah datangnya dari manusia tetapi daripada Allah..mungkin disana ada yang menganggap ijmak atau qias itu dari manusia..tetapi tidak..ianya datang daripada Allah kerana setiap rujukan dan dalil yang digunakan didalam ijmak dan qias juga diambil dari dua sumber utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

.:: Gambar Hiasan ::.

Selesai sudah di dalam memahami maksud feqh itu sendiri..tak kenal maka tak cinta..itulah ungkapan biasa orang melayu kepada orang lain untuk menarik minat seseorang kepada sesuatu perkara.. Jika kita ibaratkan feqh itu sebagai manusia, maka sekarang kita perlu mengenali bahagian-bahagian yang terdapat pada feqh ini..

Pembahagian Feqh.

Jika ingin menyenaraikan satu demi satu masalah feqh mungkin akan mengambil masa selama beberapa hari..itupun jika tahu kesemuanya..jadi para ulamak kita telah memudahkan kita sebagai penuntut ilmu dengan meletakkan pembahagian di dalam permasalahan feqh ini..secara keseluruhannya bahagian feqh ini terbahagi kepada 7 bahagian…iaitu :

1) Ibadat – segala permasalahan yang berkaitan dengan pengabdian hamba kepada Allah..seperti solat, puasa, zakat, etc…..

2) Ahwal Shahksiah – segala permasalahan yang berkaitan dengan kekeluargaan..seperti nikah,talak..etc….

3) Muamalat – segala permasalahan yang berkaitan dengan urusan berurusan dengan orang lain..seperti jual beli,akad ijar, etc….

4) Siasah Syar’iah – segala permasalahan yang berkaitan dengan politik islam..seperti urusan pemerintahan, hak yang berkaitan dengan rakyat,etc…

5) Uqubat – segala permasalahan yang berkaitan dengan jenayah..seperti zina,mencuri,etc….

6) Hak-hak yang berkaitan dengan Negara – segala perkara yang berkaitan dengan negara..seperti kerjasama dengan negara lain, perang,etc…

7) Adab atau Akhlak – segala perkara yang berkaitan dengan akhlak dan adab seseorang..seperti adab bersama orang tua, guru..etc….

Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa feqh ini bukanlah berkaitan dengan hukum ketika beribadat sahaja tetapi merangkumi segala aspek kehidupan manusia dari ibadat hingga kepada adab terhadap seseorang..dari sekecil-kecil perkara hingga ke perkara yang besar..dari cara kencing, makan, minum hingga ke perkara jihad, haji, zakat dan sebagainya..

 

Rujukan :

1) Feqh Manhaji – Dr. Mustafa Al-khin dan Dr. Mustafa Bugha.

2) Feqhul am – Syeikh Mustafa Ahmad Zarqa.

 

Jagalah lidah…

Bercakap adalah perkara yang paling digemari oleh manusia..lebih-lebih lagi wanitakan..duk bergosip kat sini..duk bergosip kat sana…kalu lelaki pulak duk sembang kat warung..cakap pasal pelakon..cakap pasal rancangan akademi fantasia,raja lawak dan macam-macam lagila..tapi kita sebenarnya lupa..yang setiap perkara yang kita lafazkan itu akan dihisab diakhirat kelak..setiap cerita kita tu samada betul ke tidak..baik ke buruk..tipu ke benar..semuanya akan dihisab di hari akhirat kelak..

Satu kalimah atau kata-kata arab ada mengatakan bahawa :

” كل الكلام من المسلم له الثمن “

( setiap perkataan atau percakapan yang keluar daripada seorang muslim itu ada baginya harga )

 

Dengan kata-kata hikmah ini dapatlah kita simpulkan bahawa setiap percakapan kita ini tidak kerana kecil atau besar semuanya akan dihisab oleh Allah.. Firman Allah juga ada menyebut mafhumnya “ barang sesiapa yang melakukan sekecil-kecil kebaikan pun maka ia akan ditunjukkan kelak, dan barang sesiapa yang melakukan sekecil-kecil kejahatan juga akan ditunjukkan nanti ” jadi daripada firman Allah ni dapatlah kita lihat betapa islam ini menjaga setiap pergerakan umatnya..bukan mengongkong tetapi menunjukkan cara yang baik didalam bermuamalat dengan orang..kerana percakapan ini biasanya berlaku diantara dua pihak..jika tidak berlaku sedemikian maka gilalah orang tersebut..8)

Tidak cukup lagi dengan firman Allah dan kata-kata hikmah..sekarang kita teliti pula hadis Rasulullah (s.a.w) :

” من كان يؤمن با لله و اليوم الأخر فليقل خير أو ليصمت “

( Barang sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka ucapkan perkataan yang baik ataupun diam )

.:: Gambar Hiasan ::.

Dari hadis ini juga dapat kita lihat gesaan Rasulullah (s.a.w) kepada umatnya supaya berkata perkara yang baik sahaja..jika ditakuti dengan bercakapnya itu akan keluar perkataan yang kesat maka lebih afdallah kepada seseorang itu untuk diam..hal ini kebiasaannya banyak berlaku ketika kita marah..maka masa tu lebih baiklah kita senyap sahaja..takut-takut dengan sebab kata-kata kita itu kita akan dilemparkan ke dalam api neraka Allah..

Selain daripada firman Allah, hadis Rasulullah (s.a.w) dan kata hikmah ini marilah kita juga lihat kepada pepatah melayu kita..pepatah melayu ada menyebut “ terlajak perahu masih boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya ” lebih kurang macam nila kot..dah tak berapa ingat dah..duk kat negara arab lama sangat dah ni..( perasan ) 8)..dari kata pepatah ni jugak ada sebut..kalau kita terlajak kata-kata ni boleh menyebatkan badan kita binasa..sebagai contohlah..kita bercakap dengan orang yang memang otai giler-giler la cakap kau..selepas tu kita kata kat dia ” buruklah muka lu mat “….memang gerentila kena sebat sampai lembik..jadi sepatutnyalah kita menjaga kata-kata kita ni..

Cukup dah kot untuk sekadar perkongsian pada kali ini..marilah sama-sama kita menjaga percakapan kita tidak kira dimana sahaja kita berada.. wallahua’lam..

Bersandarlah kepada Allah bukan kepada amalan dan usaha..

Imtihan dah dekat..minggu ni pun dah ramai yang mula imtihan..saya juga tidak terlepas daripada imtihan ini..inilah lumrah seorang pelajar..memang tidak akan larilah dripada imtihan..kadang-kadang nak mengeluh jugak..tapi nak buat macam mana..memang inilah tugas sebagai seorang pelajar.. nak tengok sejauh manakah ilmu yang dipelajari lekat kat diri ni..nak tengok jugak sejauh mana kefahaman tentang ilmu tu pada diri sendiri..yela kita ni apabila nak seru orang lain, nak dakwah orang pun perlu perkemaskan diri dahulukan…

Jadi sempena musim peperiksaan ini marilah sama-sama beringat supaya kita tidak kecewa pada akhir imtihan nanti..kenapa pulak nak kecewakan? imtihan belum lagi mula..yela..memang imtihan belum bermula tetapi kita dah perlu study dah dari sekarang…kan nak skor markah tinggi..bak kata orang arab ” miah bil miah ” no..seratus peratus kot..tetapi kita kena ingatla..walau sekuat mana pun kita usaha jangan pulak kita lupa berdoa pada Allah..sebab hanya Allah saja yang tahu apa akan berlaku nanti..samada ” miah bil miah ” atau sebaliknya..

Janganlah kita ni nanti duk sedih-sedih bila markah exam kita rendah ke apa..sebab setiap apa yang berlaku itu adalah daripada Allah..Qada’ dan Qadarnya..jadi kita kenalah terima dengan hati yang terbuka selagi mana kita ni bergelar hamba kepada Allah..dan kita juga kena ingat bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya..dan satu lagi Allah tu ada dan suka bila hambaNya bersabar dengan dugaan yang diberikan..Firman Allah yang bermaksud ” apakah kamu mengira kamu telah beriman, sedangkan kamu belum di uji “..Ujian Allah tu untuk meningkatkan darjat kita disisi Allah..

.:: Gambar Hiasan ::.

Marilah sama-sama kita melihat kepada kata-kata hikmah ini yang mana mungkin dapat mengingatkan kita bahawa perlunya kita berharap kepada Allah melebihi daripada pengharapan kita kepada amalan dan usaha kita :

من علامات الإعتماد على العمل نقصان الرجاء عند وجود الزلل

( antara tanda-tanda seseorang itu meletakkan harapan dia kepada amalan yang dilakukan ialah kurangnya pengharapan ( kepada Allah ) apabila wujudnya sesuatu yang tidak menyenangkannya )

Daripada kata hikmah ini dapatlah kita simpulkan bahawa tanda seseorang itu melakukan sesuatu dan berharap amalannya itu dapat membantu dan memberi natijah yang baik padanya ialah apabila kehendaknya itu tidak dipenuhi dia akan merasa sedih dan tidak berharap kepada bantuan Allah..jadi disini bersempena dengan minggu exam ini marilah sama-sama kita beringat bahawa setiap apa yang kita lakukan biarlah sandaran terakhir kita kepada Allah..dengan kata mudahnya dengan kita bertawakkal kepada Allah setelah kita berusaha..

Jangan pula kita berserah bulat-bulat tanpa ada sedikit pun usaha..kerana ianya menyalahi apa yang telah di firman kan oleh Allah dalam Al-Quran mafhumnya ” apabila kamu telah berazam ( berusaha dengan sedaya upaya ) maka bertawakkallah kepada Allah “..insyaallah dengan konsep ini kita tidak akan bersedih apabila kita mendapat markah yang rendah didalam exam nanti..sebelum mengakhiri motivasi sempena imtihan ini, marilah kita hayati satu lagi kata-kata hikmah yang akan menjadi pengubat duka apabila natijah kita rendah setelah berusaha dengan sepenuh tenaga..

سوابق الهمم لا تحرق اسوار الأقدار

( kekuatan semangat ( kemahuan,cita..etc ) tidak mampu memecahkan benteng takdir )

Insyaallah dengan kita betul-betul menghayati kata-kata ini kita mampu mengelakkan diri kita daripada bersedih jika ditimpa apa saja bentuk musibah..dalam bab exam ni mungkin musibah rendahnya markah dan sebagainya..apa-apa pun salam imtihan kepada semua warga irbid khususnya pelajar Yarmouk..

Kaedah beri’tikad..( siri 1 )

Di dalam setiap perkara atau sesuatu ilmu, terdapat kaedah-kaedah tertentu bagi kita memahami dan meyakini ilmu tersebut..di dalam ilmu hadis ada kaedahnya..iaitu ulum hadis..dimana didalam ulum hadis ni kita akan mempelajari segala menda yang berkaitan dengan hadis..seperti mustolah hadis, takhrij hadis dan sebagainya..begitu juga didalam ilmu feqh..terdapat juga kaedah feqhiah dan usuliyyah yang menjadi tunggak kepada ilmu feqh ini.. sebagaimana didalam kedua-dua ilmu ini ada kaedahnya, tidak dapat tidak dalam memahami ilmu akidah ini kita perlu mengetahui kaedahnya.. Di dalam ilmu akidah ini terdapat dua jalan untuk kita menthabitkan akidah itu..pertama kaedah syar’iah dan kedua kaedah akal..

Di dalam setiap kaedah ini pula dipecahkan pula kepada beberapa kaedah yang kecil..bagi kaedah syar’iah terdapat 6 sub kaedahnya :

1) Rujukan dan sumber yang berkaitan dengan akidah ini diambil dari Al-Quran dan Sunnah.

2) Tiada pertembungan diantara Al-Quran dan Sunnah.

3) Tiada pertembungan diatara dalil naqli ( wahyu ) dan dalil akal.

4) Mengikut kezahiran nas-nas Al-Quran dan Sunnah dalam perkara berkaitan dengan akidah.

5) Yakin dengan perkara-perkara yang shubhah ( yang memerlukan kefahaman ) dan beramal dengan perkara yang muhkam ( jelas maksudnya ).

6) Tidak haru s bagi kita menasakhkan apa yang telah dikatakan ( wahyu Allah ) tentang perkara yang berkaitan dengan akidah.

Ini adalah beberapa kaedah yang berkaitan dengan syariah..yang mana kita perlu memahami satu demi satu kaedah ini bagi menguatkan lagi kefahaman kita tentang akidah.. dan insyaallah kita akan membahaskan satu persatu tentang kaedah ini pada entri akan datang..insyaallah..

Kedua adalah kaedah akal kita..atau dalil akal kita..di dalam pembahagian dalil akal ini..terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui tentang akal kita..terdapat 5 perkara yang akan menjadi tunjang kepada perbincangan kita selepas ini :

1) Perkara-perkara yang wujud itu secara umumnya adalah perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera.

2) Perkara yang mampu dicapai oleh pancaindera kita maka tiada syak lagi bahawa perkara itu adalah wujud.

3) Setiap pancaindera kita adalah terhad ( kekuatannya ), terhad ( tempohnya ) dan kadang-kadang tertipu.

4) Khayalan manusia itu terbatas.

5) Akal kita tidak mampu memikirkan kesemua benda.

Inilah antara kaedah-kaedah yang akan kita bahaskan terlebih dahulu sebelum kita bermula pada perbincangan mengenai akidah ini.. dan insyaallah saya akan cuba untuk menerangkan dengan kalam dan perkataan yang mudah bagi kita sama-sama memahami secara mendalam tentang kaedah-kaedah ini..wallahua’lam

Hadis Tentang Niat ( siri 1 )

Niat merupakan sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan lebih-lebih lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana Allah..di dalam mazhab syafi’i niat amalan ibadah yang dilakukan tanpa niat tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan ibadah kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda :

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )

Di dalam kitab Arbain Nawawiyyah ( Hadis 40 ) dimulakan hadis pertama didalam kitab tersebut dengan hadis yang berkaitan dengan niat ini.. jadi disini dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya kita berniat dengan niat yang betul dan ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah subhanahuwata’ala. Niat itu tempatnya dalah dalam hati iaitu dengan kata lain kita tidak perlu menzahirkan niat kita kerana niat pada asalnya tempatnya adalah didalam hati kita.. Tetapi disana ada yang mengatakan bahawa niat itu perlulah kita zahirkan atau ucapkan melalui lisan seperti niat solat, puasa dan sebagainya..tetapi kata-kata seperti ini adalah tidak tepat..kita tidak perlu untuk melafazkan niat itu dengan kuat sedangkan tempat asalnya niat tersebut adalah dalam hati kita..hanya kita dan Allah yang mengetahuinya..

Bagaimanakah pula cara untuk kita berniat dengan betul dan sempurna serta ikhlas ketika beribadat dan sebagainya.. Di dalam syarah riyadhus salihin ada menyatakan bagaimanakah kaedah untuk kita mencapai niat yang sempurna..di dalam kitab tersebut disebutkan tiga kaedah yang perlu kita ikuti.. pertama ” berniat bahawa apa yang kita lakukan itu adalah ibadah ” sebagai contoh.. makan nasi.. kita berniat kita makan itu adalah salah satu ibadah kepada Allah yakni kita makan untuk kita teruskan hidup dengan beribadah kepada Allah. Kedua ” berniat melakukan sesuatu itu hanya kerana Allah bukan selainnya “. sebagai contoh..kita makan dan kita berniat makan kerana Allah.. Ketiga ” berniat bahawa kita melakukan sesuatu perkara itu kerana melakukan perintah Allah ” sebagai contoh juga..kita makan dan kita berniat mengikut perintah Allah supaya tidak melatakkan diri kita didalam kebinasaan yakni dengan tidak makan kita mungkin akan jatuh sakit dan sebagainya.

Apa yang kita dapat lihat disini ialah, untuk mencapai niat yang sempurna ( insyaallah ) adalah dengan mengabungkan ketiga-tiga kaedah ini iatu ” kita berniat melakukan sesuatu itu kerana ibadah kerana Allah dan juga kerana mengikuti suruhanNya “. Niat ini juga amat penting kerana setiap perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan niat dan Allah akan menghisab kita pada hari akhirat kelak juga mengikut apa yang telah kita niatkan ketika melakukan sesuatu perkara tersebut. Jika baik dan ikhlas niat kita maka insyaallah amalan kita akan diterima dan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah dan begitulah juga sebaliknya.

.:: Hiasan semata-mata ::.

Insyaallah ini hanyalah permulaan atau pengenalan kepada hadis tentang niat ini dan insyaallah kita akan membahaskan lagi tentang hadis ini secara terperinci pada entri seterusnya..disini saya membentang hadis baginda (s.a.w) :

وعن أمير المؤمنين أبي حفص بن عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح ابن عبد الله بن قرط بن رزاح بن عدى بن كعب بن لؤي بن غالب

القرشي العدوى رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله

ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه   متفق عليه

” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-‘adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).

( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Pengenalan Usul Fiqh..

Usul feqh ini merupakan satu gagasan ilmu yang penting bagi mereka-mereka yang mempelajari ilmu feqh..ini kerana usul feqh ini merupakan dasar kepada ilmu feqh yang ada sekarang ini..ilmu ini juga penting bagi kita meningkatkan lagi keyakinan kepada sesuatu hukum yang di pegang..sebagai contoh..kita berpegang bahawa solat itu wajib..tetapi kita tidak mengetahui dimanakah dalil-dalil yang mengatakan bahawa solat itu wajib..jika sekiranya disana ada seseorang yang cuba mengatakan bahawa solat itu tidak wajib..ada kemungkinan pegangan kita akan menjadi goyah lantaran tidak mengetahui usul kepada wajibnya solat itu.

Sebelum kita memasuki dan mendalami tentang ilmu usul feqh ini..marilah kita mengenali dahulu tentang makna usul feqh itu sendiri..seperti kata pepatah melayu ” tak kenal, maka tak cinta “..jadi bagi kita mencintai sesuatu ilmu itu..perlulah kita tahu akan maksud disebalik ilmu itu sendiri terlebih dahulu.. Usul feqh ini terbina daripada dua perkataan iaitu USUL dan FEQH..jadi tidak dapat tidak kita perlu mengetahui maksud setiap perkataan ini daripada segi bahasa dan juga istilah yang telah dikeluarkan oleh para ulamak kita..Usul bermaksud asal kepada sesuatu atau juga ditakrifkan sebagai “apa yang terbina daripadanya perkara yang lain”.. Contohnya..asal kepada pembinaan rumah adalah tiang..jadi tiang itulah menjadi asal kepada rumah yang akan dibina..dengan maksud lain..jika tiadanya tiang maka rumah tersebut mungkin tidak dapat dibina.

Ini adalah dari segi bahasa..jika dilihat dari sudut kefahaman ulama dan juga penggunaan perkatan usul ini, ia dapat di takrifkan kepada beberapa makna..Pertama ” Dalil “.. sebagai contoh..seseorang berkata ” asal kepada permasalahan ini adalah ijmak ” apa yang dimaksudkan dengan perkataan usul disini adalah ” dalil “..iaitu katanya ” dalil kepada masalah ini adalah ijmak “.. Kedua ” rajih atau benar ” sebagai contoh.. “asal kepada percakapan adalah yang mempunyai hakikat ” apa yang dimaksudkan dengan perkataan asal disini ialah ” percakapan yang benar dan tepat adalah yang mempunyai hakikat dan fakta “..Ketiga ” kaedah “.. seperti biasa saya akan datangkan contoh..dalam ilmu nahu atau tatabahasa arab ada meletakkan kaedah iaitu  ” asal kepada faa’il ( pelaku ) adalah adalah marfuu’ ” apa yang dimaksudkan dengan asal disini ialah ” kaedah umum bagi faa’il hukumnya adalah marfuu’ “.

Seterusnya beralih kepada maksud ” feqh “.. Feqh dari segi bahasanya bermaksud mempunyai ilmu tentang sesuatu dan memahaminya.. Tetapi penggunaan ” feqh ” dalam Al-Quran tidak bermaksud tentang ilmu secara mutlak..tetapi lebih kepada kedalaman kefahaman, kemampuan yang teliti dan mengetahui apa yang dimahukan oleh sesiapa yang berkata.. Dari segi istilah pula ” Feqh ” bermaksud ” ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah yang berupa amalan yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci “..  Insyaallah perincian tentang ” feqh ” ini akan dibahaskan lagi didalam kategori ” Feqh Umum ” insyaallah..

Selesai meneliti makna setiap perkataan iaitu USUL dan FEQH..jadi marilah sama-sama kita meneliti pula maksud USUL FEQH pula.. Usul feqh merupakan satu gagasan ilmu yang membincangkan tentang kaedah-kaedah dan cara mengistinbat hukum-hakam daripada dalil-dalil syariah ( Al-Quran dan Sunnah ).. Kaedah yang telah diletakkan ini adalah kaedah kulliyah yang mana dibawahnya wujudnya juzuk-juzuk yang lain yang mana juzuk-juzuk ini akan mengikuti kaedah kulliyah ini.. Sebagai contoh.. satu kaedah usuliyyah iaitu ” al-amru yufiidu al-wujub ” yang bermaksud sighah amar itu menunjukkan kepada perkara yang wajib..Jadi setiap dalil yang terdapat padanya sighah amar ini ( berbentuk suruhan ) menunujukkan perkara tersebut adalah wajib..

Daripada kaedah-kaedah yang telah diletakkan inilah para ulama dan mujtahid dapat berijtihad tentang sesuatu hukum yang berkaitan dengan perbuatan kita..jadi disini dapatlah kita lihat bahawa ilmu usul feqh ini merupakan ilmu yang teramat penting bagi mereka-mereka yang mempelajari ilmu feqh..kerana bagi mendapatkan keyakinan yang tinggi dalam pegangan kita..seharusnyalah kita mengetahui akan asal kepada sesuatu pegangan tersebut… Setakat ini sahaja dahulu tentang pengenalan kepada ilmu Usul Feqh ini..Insyaallah kita akan menyambung lagi pada entri akan datang mengenai sejarah penulisan ilmu usul ini..