Alhamdulillah..pertama2nya saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi saya meneruskan penulisan saya dalam blog ini..setelah sekian lama saya menyepi kerana tiada kekuatan hendak menulis..hari ini Allah telah memberi saya kekuatan untuk menulis kembali.. Sepanjang pengamatan saya terhadap pencarian atau search, pembaca banyak yang ingin tahu tentang darah haid..di sini saya akan jelaskan jenis darah yang berkaitan dengan wanita iaitu haid, istihadoh dan juga nifas..

HAID :

Sepanjang saya belajar dan membaca dari kitab yang di karang oleh ulama’ feqah darah haid adalah darah yang keluar dari rahim wanita bagi menunjukkan wanita itu sihat dalam waktu atau masa yang tertentu..tentunya setiap wanita itu berlainan waktu haid mereka dan ini ana sendiri tidak dapat jelaskan..Ketahuilah bahawa sesungguhnya haid itu bukanlah satu kotoran yang mengharamkan lelaki ( suami ) makan masakan atau bergaul dengan isteri mereka.. islam tidak menghalang umatnya mengauli isteri mereka ketika mereka haid dan tidak mengharamkan mereka untuk makan atau minum dari hasil buatan isteri2 mereka.. islam hanya melarang umatnya daripada menyetubuhi isteri ketika datangnya.. Berlainan dengan kaum yahudi yang mana mereka menjauhi perempuan apabila mereka datang haid..tidak makan dan minum hasil buatan mereka..tidak bercakap dan tidak mendekati mereka.. Bagi menjelaskan lagi tentang  larangan jimak ( setubuh ) ini Allah telah berfirman :

ولا تقربوهن حتى يطهرن

” dan janganlah dekati mereka sehinggalah mereka suci “

maksud jangan dekati mereka disini bukanlah bermaksud dalam segala hal dan perbuatan tetapi apa yang di maksudkan di sini ialah janganlah kamu bersetubuh dengan isteri kamu sehinggalah mereka itu suci..Dalam bab umur atau keadaan yang menunjukkan seseorang itu telah datang haid atau baligh, di sana terdapat beberapa pendapat..

1)  bermimpi sehingga keluar air mani ( lelaki dan perempuan )

2) keluar darah haid ( perempuan )

3) cukup umur dalam lingkungan 15 tahun bagi mereka yang tidak bermimpi dan keluar haid ( mengikut tahun qamariah )

Beralih pula kepada tempoh haid..di sana ada tiga pembahagian tentang tempoh datangnya haid bagi wanita..iaitu tempoh tempoh paling sekejap atau pendek, tempoh pertengahan atau kebiasaan dan tempoh paling panjang..

1) Paling pendek – sehari semalam

2) Kebiasaan – 6 hingga 7 hari atau seminggu

3) Paling lama – 15 hari 15 malam

* jika darah yang keluar itu kurang pada sehari semalam atau lebih pada 15 hari 15 malam maka ketahuilah bahawa darah tersebut ialah darah istihadoh ( darah penyakit ).. darah haid dan darah istihadoh ini dapat dibezakan melalui warna dan kepekatan darah tersebut..

ISTIHADOH :

Darah istihadoh adalah darah yang keluar dari rahim wanita dengan sebab penyakit..darah ini membatalkan wudhuk tetapi tidak mewajibkan kepada mandi wajib..darah ini juga tidak menghalalkan bagi seseorang itu untuk meninggalkan solat dan puasa..jika berlaku darah istihadoh ini seseorang itu hendaklah membasuh darah tersebut, seterusnya membalut atau menggunakan sesuatu bagi menyekat darah dari keluar ( jika berterusan keluar ) dan perlu mengambil wudhuk apabila ingin menunaikan solat ( setiap kali nak solat )..

NIFAS :

Darah ini adalah darah yang keluar ketika melahirkan bayi atau anak.. hukum darah ini adalah sama dengan hukum darah haid tetapi tempohnya berbeza dengan haid..di sini juga ada tiga tempoh seperti haid iaitu paling pendek, kebiasaan dan juga paling lama..

1) Paling pendek – sehari

2) Kebiasaan – 40 hari

3) Paling lama – 60 hari

* jika kurang atau lebih pada jangka masa paling pendek atau paling lama maka ia adalah darah istihadoh..

Di sana ada persoalan dimana adakah darah yang keluar ketika seseorang wanita itu mengandung itu darah haid atau bukan?

Di sana ada dua kemungkinan atau dua pendapat..

pertama : dikatakan darah haid dan hukumnya seperti hukum wanita haid.. keadaannya- apabila darah yang keluar itu mencapai tempoh paling pendek dan tidak melebihi tempoh paling panjang bagi haid-

kedua : dikatakan darah istihadoh..keadaannya-apabila darah itu tidak mencapai tempoh paling pendek haid dan melebihi tempoh paling panjang haid-

* di sana ada satu pendapat di mana darah yang keluar dari wanita mengandung itu adalah darah istihadoh dan bukan haid dalam apa keadaan sekalipun kerana kandungan menyekat atau menutup jalan bagi keluarnya darah haid.. Tidak keluar haid bagi wanita mengandung adalah kebiasaan bagi wanita.. tetapi jika keluar pilihla pendapat berdasarkan keyakinan anda dan berdasarkan dalil yang di bahaskan oleh ulama’.. wallahua’lam